28 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KUBANG PASU, ALOR SETAR DAN PADANG TERAP

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI SERTA PENCARIAN VENDOR-VENDOR DAN "PLAYERS" KITAR SEMULA DI SEKITAR KUBANG PASU, ALOR SETAR DAN PADANG TERAP

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah kini sedang dalam progres mencari vendor-vendor dan "Players" yang bertindak sebagai orang tengah, pengusaha, dan peniaga dalam urusan jual beli barangan kitar semula di sekitar Kubang Pasu, Alor Setar dan Padang Terap pada 27 - 28 Mei 2012. Tujuan pencarian ini diadakan adalah untuk membuat kaji selidik berkenaan dengan masalah kitar semula barangan kaca yang semakin tidak diminati oleh pihak vendor ini, pengusaha dan pengilang barangan kitar semula. Selain itu, aktiviti pencarian ini juga dimanfaatkan untuk membuat survey berkenaan dengan harga pasaran terkini bagi setiap jenis barangan kitar semula  di kalangan "Players" yang berniaga di kawasan-kawasan berkenaan.

Sambil-sambil meluangkan masa mencari lokasi vendor-vendor tersebut, En. Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman daripada PPSPPA Negeri Kedah sempat mencari komuniti yang berminat dengan aktiviti kitar semula. Antara komuniti yang berminat dengan aktiviti tersebut ialah En. Amran daripada komuniti Taman Ehsan, Kubang Pasu dan En. Ismail daripada komuniti Taman Koperasi, Alor Setar.




 En. Amran daripada komuniti Taman Ehsan, Kubang Pasu yang merupakan peniaga air minuman telah mendapat sebanyak RM 16.40 hasil jualan barangan kitar semula seperti tin minuman sebanyak 41 kg dengan harga RM0.40 sekilogram. 




En. Ismail daripada komuniti Taman Koperasi, Alor Setar pula memperoleh sebanyak RM 31.00 hasil jualan barangan kitar semula seperti besi dan aluminium sebanyak 25 kg. Insyaallah, aktiviti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan diharap moga-moga terdapat komuniti-komuniti lain yang berminat dengan kempen kitar semula tersebut. 

Pencarian vendor-vendor dan "Players" berakhir pada pukul 4.30 petang dengan sebanyak 10 vendor telah dijumpai dan senarai harga telah didapati berbeza pada setiap vendor dan boleh dirujuk dan digunapakai jika terdapat aktiviti kutipan barangan kitar semula di tempat-tempat sekitar vendor-vendor tersebut. 

27 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA MELALUI DRIVE-THRU DI PASARAYA GIANT HYPERMARKET, SUNGAI PETANI

Aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru sesi kedua dijalankan seperti biasa pada 27 Mei 2012 pukul 2 - 6 petang bertempat di hadapan pintu masuk Pasaraya Giant Hypermarket, Sg Petani, Kedah.

Aktiviti yang berteraskan kempen kitar semula tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pasaraya berkenaan sejajar dengan promosi yang meluas dan keramaian pengunjung. Oleh kerana, aktiviti tersebut dijalankan pada musim cuti sekolah, maka kaunter Drive-Thru kami dikunjungi dengan pengunjung kanak-kanak dan ibu bapa / penjaga. Antara perancangan kami pada aktiviti ini bulan depan ialah dengan memberi belon kepada kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka.



Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, En Muhamad Fadzley Bin Yaakop, En Azrishah Bin Adli, En Mohd Badrul Hisham Bin Azizi, dan En Mohd Adib Sallihan Bin Jamaludin daripada Pejabat Cawangan PPSPPA Sg Petani. Bagi Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd pula diwakili oleh En. Saufi Halim daripada cawangan Sg Petani. 




24 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA KEMAS SEBERANG KOTA DAN KOMUNITI TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH

Tabika KEMAS Seberang Kota, Taman Kota Nelayan telah memohon kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah dan pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk bekerjasama menyampaikan ceramah Bank Kitar Semula pada 10 April 2012. Ceramah tersebut ditujukan kepada kanak-kanak tabika berkenaan serta ibu bapa penjaga dan waris terdekat untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan mengitar semula barangan yang terpakai untuk memastikan kebersihan alam sekitar. Sebulan selepas itu, pihak tabika berkenaan menelefon pihak PPSPPA untuk mengadakan satu aktiviti kutipan barangan kitar semula di tabika tersebut pada 24 Mei 2012 pukul 9.00 pagi sebagai percubaan untuk melihat respon kanak-kanak dan waris tentang kepentingan kitar semula.


Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Faiz, Pak Hamid dan rakan-rakan. 



Sebanyak lebih 190 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, buku, botol plastik, tin minuman, dan besi telah diperolehi bersamaan RM 74.05 telah diberikan kepada murid-murid serta pihak pengurusan sekolah tabika berkenaan. Kebetulan pada hari tersebut, ramai ibu bapa dan waris serta penduduk setempat ingin turut serta dan pihak PPSPPA telah memutuskan untuk membuat kutipan di komuniti Taman Kota Nelayan untuk mengembangkan kempen kitar semula. 




Kutipan di komuniti memperoleh sebanyak lebih 120 kg barangan kitar semula dan hasil jualan sebanyak RM57.81 telah diberikan kepada kejiranan komuniti berkenaan. Aktiviti seperti ini akan diteruskan setiap bulan pada masa-masa yang akan datang.









21 Mei 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR, KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI AMPANG, ALOR SETAR


Program 3R atau Bank Kitar Semula dijalankan di SMK Seri Ampang, Alor Setar pada 21 Mei 2012 jam 9.00 pagi. Aktiviti yang dijalankan ialah kutipan barangan kitar semula dan penjualan di pusat kitar semula. Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman, En. Mohd Azrul Bin Azmi serta warga kerja daripada Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. iaitu Pak Hamid dan rakan-rakan. Guru penyelaras program 3R di sekolah tersebut ialah Cikgu Shazrina. Penglibatan murid-murid kali ini lebih meriah disertai dengan guru-guru kelas masing-masing.






Kutipan barangan kitar semula seperti kertas, tin, aluminium, besi dan botol plastik pada hari tersebut adalah sebanyak 570.50 kg bersamaan dengan RM236.10.



Pengasingan sisa di sumber di dalam lori 3R



Penghantaran barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula



20 Mei 2012

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN 

Seperti biasa, pihak Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menjalankan program 3R iaitu kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman pada 20 Mei 2012 jam 9.00 pagi. Antara yang terlibat ialah Cik Intan Diana Binti Abu Bakar, Pn Nur Fizatul Akma Binti Kamaldeen dan En. Zari Hamdi Bin Hashim mewakili Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, serta Pak Hamid dan rakan-rakan selaku wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan lori 3R. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka.




Setelah dibuat penimbangan berat jumlah berat keseluruhan adalah sebanyak 1550.20 kg dengan harga yang dibayar sebanyak RM 576.90. Semua barang-barang tersebut dibawa balik ke Alor Setar untuk dikitar semula di kilang kitar semula.




PROGRAM 3R DI KULIM, KEDAH

CERAMAH BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH TABIKA KEMAS KG. PADANG TEMBAK, KULIM KEDAH 



Satu ceramah berkenaan Program Bank Kitar Semula telah diadakan pada 20 Mei 2012 bertempat di Sekolah Tabika KEMAS Kg Padang Tembak, Kulim selama 15 minit selepas aktiviti gotong-royong dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan. Aktiviti tersebut juga mendapat kerjasama penduduk tempatan dan warga kerja PPSPPA Pejabat Cawangan Kulim, Kedah.

Antara wakil guru yang hadir ialah Pn Nazilah daripada Sekolah Tabika Kg. Padang Tembak, Pn Norhayati daripada Sekolah Tabika Kg. Tunku Putra, Pn Siti Aisyah daripada Sekolah Tabika Syed Sheh, Pn Norazita daripada Sekolah Tabika Kg. Sg. Ular, dan Pn Rogayah serta Pn Ramnah daripada Sekolah Tabika PGA 1 & 2, Kulim. Antara wakil daripada PPSPPA ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Pn Rodziah Binti Yusof dan Pn Norhidayah Binti Nasir daripada Pejabat Cawangan Kulim, manakala wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Hambali.




Cadangan mengadakan Program Bank Kitar Semula telah mendapat persetujuan daripada pihak guru-guru dan ibu bapa (waris) murid-murid. Insyaallah aktiviti kutipan barangan kitar semula akan diadakan pada minggu keempat, bulan Jun nanti kerana pada hujung bulan Mei merupakan cuti sekolah.


PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

CERAMAH 3R DI PASARAYA BILLION, SUNGAI PETANI


Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah mengadakan satu sesi ceramah berkaitan dengan 3R dan demonstrasi penghasilan mud ball di River Care Centre, JPS, tapak letak kenderaan pasaraya Billion, Sg Petani pada hari Ahad, 20 Mei 2012. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam berkenaan dengan kaedah rawatan kualiti air dan ekosistem sungai di samping mempromosikan PPSPPA serta kempen kitar semula di kalangan masyarakat. Pihak PPSPPA Negeri Kedah turut dijemput sebagai penceramah berkenaan dengan kempen kitar semula.





Wakil penceramah daripada PPSPPA Negeri Kedah adalah Jurutera, En. Khairul Azmi Bin Mohd Yunus selaku pengganti kepada Pengarah PPSPPA Negeri Kedah pada majlis tersebut. Antara pihak yang memeriahkan majlis tersebut ialah warga kerja JPS dan juga kilang getah Sumirubber Malaysia Sdn. Bhd. Program 3R yang dijalankan diharap dapat dijadikan satu program komuniti untuk sasaran di masa akan datang.

18 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK SERI GEDONG, SG PETANI


Pihak sekolah telah menjemput pihak PPSPPA dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di perkarangan tapak perhimpunan sekolah berkenaan pada 18 Mei 2012 pukul 9.00 pagi. Hal ini demikian selepas kejayaan ceramah 3R dan Bank Kitar Semula yang telah dijalankan juga di sekolah terbabit pada 3 Mei 2012 lalu. 





Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah ialah En. Muhamad Fadzley Bin Yaakop daripada pejabat cawangan PPSPPA Sg Petani manakala pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd diwakili oleh En Saufi Halim juga daripada cawangan Sg Petani. Aktiviti tersebut menghasilkan kutipan sebanyak lebih kurang 590 kg bersamaan dengan hasil jualan RM160.00 lebih. 







16 Mei 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA KUALA LUMPUR

KURSUS PEMASANGAN BAHAN PAMERAN DAN BARANGAN KRAFTANGAN DARIPADA BARANGAN KITAR SEMULA


Kursus pemasangan bahan pameran dan taklimat pembuatan barangan kraftangan daripada barangan kitar semula telah dianjurkan oleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kuala Lumpur pada hari Rabu, 16 Mei 2012 selama sehari untuk memantapkan ilmu warga kerja tentang penggunaan  semula barangan terbuang untuk dijadikan barangan kraftangan.


Antara warga kerja daripada Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Binti Abu Bakar dan  En. Sharifuddin Bin Abd Rahman



Penglibatan warga kerja yang terdiri daripada warga kerja Bahagian Kitar Semula daripada Ibu Pejabat PPSPPA Negeri masing-masing amat meriah dengan pembelajaran teknik pemasangan peralatan pameran secara praktikal.


15 Mei 2012

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN 



Pihak PPSPPA Negeri Kedah telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman pada hari Selasa, 15 Mei 2012 dengan kerjasama Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Jumlah kutipan barangan kitar semula pada hari tersebut ialah sebanyak 2,263.10 kg bersamaan dengan RM879.99.



Kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman adalah sebanyak 2 kali pada setiap bulan dan merupakan antara pejabat kerajaan yang paling aktif mengamalkan kitar semula.


Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah Cik Intan Diana Binti Abu Bakar, Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen, Cik Wan Nor Ilza Binti Wan Mohd Yatim, dan En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman. Wakil daripada pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. ialah En. Faiz daripada bahagian Komunikasi Korporat dan Pak Hamid serta rakan-rakan yang lain. Ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh mereka.