31 Julai 2012

PROGRAM 3R DI TABIKA KEMAS SEBERANG KOTA, TAMAN KOTA NELAYAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA KEMAS SEBERANG KOTA, TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH

Tabika KEMAS Taman Kota Nelayan ini bergiat aktif dalam program Bank Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh pihak PPSPPA sehingga menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula sekali lagi pada bulan ini iaitu pada 31 Julai 2012. Kali ini, aktiviti tersebut dijalankan di bangunan asal tabika tersebut yang terletak berhampiran dengan masjid Taman Kota Nelayan.




Antara warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi. Sebanyak 43 kg lebih barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak terpakai dan botol plastik. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut mencecah RM 14.00 lebih. Syabas diucapkan kepada murid-murid sekolah berkenaan dan guru-guru yang terlibat.

30 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH 

Setelah mesyuarat berkenaan program 3R telah dijalankan pada 4 Julai 2012 serta ceramah berkenaan dengan program Bank Kitar Semula dilaksanakan pada 24 Julai 2012, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan pada 30 Julai 2012 di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah. Seramai lebih kurang 20 orang pelajar dan 3 orang guru telah terlibat dalam aktiviti tersebut dan dipimpin oleh Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan. Pada mulanya, jangkaan sambutan terhadap program tersebut mungkin rendah kerana pemberitahuan mengenai aktiviti kutipan disampaikan sehari sebelum aktiviti berkenaan dijalankan. Tetapi, selepas aktivti tersebut bermula, perhatian para pelajar tertumpu sepenuhnya kepada warga sekolah yang membawa barangan kitar semula untuk dijual dan semakin lama semakin ramai yang menyertai aktiviti tersebut termasuklah guru-guru penyelaras program.




Warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dibantu oleh para pelajar dalam pengasingan dan sesi penimbangan barangan kitar semula yang dibawa oleh warga sekolah berkenaan. Hasilnya, sebanyak lebih kurang 100 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 30.00 lebih telah berjaya dikutip dan dijual di pusat kitar semula berdekatan.


29 Julai 2012

PROGRAM 3R DI KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DAN KOMUNITI TAMAN SERAMPANG 1, KUALA SUNGAI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DAN KOMUNITI TAMAN SERAMPANG 1, KUALA SUNGAI

Pada 29 Julai 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di dua buah lokasi termasuklah kedai 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim dan di komuniti Taman Serampang 1, Kuala Sungai. 



Kutipan di kedai 7 Eleven adalah sebanyak lebih 30 kg bersamaan dengan RM8.00 lebih yang terdiri daripada barangan kitar semula seperti surat khabar lama manakala kutipan di Taman Serampang 1 pula adalah sebanyak 100 kg lebih bersamaan dengan RM 50.00 lebih yang terdiri daripada kertas, surat khabar, kotak, botol-botol plastik, tin susu dan dawai besi (pagar). Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi.


26 Julai 2012

PROGRAM 3R DI WISMA NEGERI, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA NEGERI, ALOR SETAR 

Setelah promosi berkenaan kempen kitar semula di kompleks-kompleks kerajaan dijalankan, akhirnya staf-staf daripada Wisma Negeri, Alor Setar berminat untuk melibatkan diri dalam program 3R yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Pada 26 Julai 2012, pihak staf-staf kantin Wisma Negeri telah menelefon pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah bagi membantu mereka untuk membersihkan kawasan sekitar kantin daripada sisa pepejal yang terdiri daripada barangan kitar semula iaitu botol-botol plastik.



Jumlah kutipan pada hari tersebut mencecah sehingga 35 kg bersamaan dengan RM 24.00 hasil jualan barangan kitar semula. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi.



25 Julai 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI ALOR SEMELA, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI ALOR SEMELA, JALAN DATUK KUMBAR, ALOR SETAR

Komuniti Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar berminat dengan program 3R yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah dan telah memohon untuk menjayakan program tersebut dengan mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 25 Julai 2012. Antara proses pengasingan sisa di sumber yang dipraktikkan ialah pengasingan kertas putih dan kertas berwarna untuk meningkatkan mutu amalan 3R di kalangan orang kampung. 



Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Puan Azizah yang merupakan salah seorang daripada penduduk kampung tersebut telah menjual sebanyak lebih kurang 120 kg kertas putih, 80 kg kotak dan kertas warna serta 1 kg botol plastik yang menghasilkan jualan sebanyak RM 80.00 lebih dan ianya boleh menjana pendapatan suatu isi rumah berkenaan.Oleh yang demikian, amalan pengasingan sisa di sumber di dalam program 3R ini penting untuk meningkatkan hasil jualan dan pendapatan seseorang selain membersihkan kawasan persekitaran rumah dan komuniti.

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH KEPADA PUSAT KITAR SEMULA (VENDOR) BERHAMPIRAN

Selepas penjualan barangan kitar semula yang terakhir pada bulan April 2012, kini stor pengumpulan barangan kitar semula PPSPPA Negeri Kedah telah padat dan dipenuhi dengan barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak, kertas, botol-botol plastik, tin aluminium, tin susu, dan sebagainya yang harus dikosongkan. Oleh yang demikian, pada 25 Julai 2012 pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menelefon pusat kitar semula (vendor) berhampiran untuk membawa lori bagi mengutip barangan kitar semula di dalam stor tersebut untuk sesi penjualan.














Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen dibantu oleh En Muhammad Izhar Bin Ruzlan Zabidi, Pembantu Penguatkuasa Alor Setar. 






Sebanyak 2 tan lebih barangan kitar semula yang telah dijual dan hasil jualan yang diperoleh adalah sebanyak RM 800.00 lebih. 

24 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

CERAMAH BERKAITAN PROGRAM KITAR SEMULA DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

Setelah persetujuan dicapai semasa Mesyuarat PIBG SMK Seri Pantai pada 4 Julai yang lalu yang mana telah dihadiri oleh En Mohd Azrul Bin Azmi, Jurutera Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, maka pihak sekolah berkenaan telah memohon untuk mengadakan ceramah berkaitan dengan program kitar semula pada 24 Julai 2012. Semasa ceramah tersebut, para pelajar sekolah berkenaan telah diberi pendedahan mengenai objektif kempen kitar semula diadakan, jenis-jenis barangan kitar semula dan harga barangan tersebut sekilogram, kepentingan 3R dan sebagainya.




Antara wakil pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang hadir menyampaikan ceramah tersebut ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Setelah selesai ceramah berkenaan, pihak pengurusan sekolah dan para pelajar bersetuju untuk mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk membantu membiayai tabung PIBG sekolah seterusnya menyokong kempen kitar semula yang diadakan oleh pihak Perbadanan. Insyaallah, aktiviti tersebut akan diadakan pada minggu akhir bulan berkenaan.

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF DARIPADA RESTORAN MAKANAN SEGERA MCD, SECRET RECIPE, KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DAN KEDAI B.U.M. EQUIPMENT, CITY PLAZA

Seperti biasa, Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah dikunjungi oleh staf-staf daripada Restoran Makanan Segera McD dan Secret Recipe City Plaza pada sebelah pagi, 24 Julai 2012 dan staf-staf daripada kedai B.U.M. Equipment serta kedai 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim pada sebelah petang untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.




Antara wakil pihak PPSPPA yang  terlibat ialah E. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan  Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen. Sebanyak lebih kurang 350 kg kutipan barangan kitar semula di keempat-empat buah premis tersebut bersamaan RM 80.00 lebih hasil jualan yang diperoleh di pusat kitar semula berdekatan.







23 Julai 2012

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN

Buat pertama kalinya aktiviti kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman dijalankan bersama-sama pihak vendor pada 23 Julai 2012. Hal ini berikutan dengan penggunaan lori 3R Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk penghantaran tong-tong sampah percuma kepada penduduk negeri Kedah. Walaubagaimanapun, perubahan perkhidmatan kutipan tersebut disambut baik oleh pihak pengurusan Wisma Darul Aman.





Kutipan pada kali ini menjangkau sehingga 1.2 tan lebih barangan kitar semula dan sebanyak RM 370.00 lebih hasil jualan diberikan pada masa yang sama kepada pihak pengurusan Wisma Darul Aman khususnya staf-staf sokongan. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik  Intan Diana Bt. Abu Bakar.

PROGRAM 3R DI KAMPUNG AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI KG AMAN, ALOR SETAR

Selepas menjalankan kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman pada 23 Julai 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menerima panggilan telefon daripada saudara En Aziz, salah seorang penduduk Kampung Aman, Alor Setar untuk membersihkan rumah beliau daripada sisa pepejal yang terdiri daripada barangan kitar semula. Apabila ditanya mengenai kuantiti sisa pepejal terjana, beliau berkata bahawa jumlah barangan kitar semula sangat banyak dan memerlukan lori untuk mengutip kesemuanya dalam sehari. Oleh yang demikian, pihak PPSPPA telah memohon bantuan lori daripada syarikat vendor kitar semula terdekat untuk menjayakan program 3R tersebut.




Antara pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Kutipan barangan kitar semula pada hari berkenaan ialah menghampiri 1 tan bersamaan dengan RM300.00 lebih. Insyaallah, kutipan di kampung tersebut akan diteruskan secara bulanan untuk menggalakkan kempen kitar semula anjuran PPSPPA.