29 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI SMK AYER HITAM

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI SMK AYER HITAM

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjalankan Ceramah Program Bank Kitar Semula di SMK Ayer Hitam, Jerlun pada 29 Ogos 2013. Majlis yang dianjurkan sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu ini turut dihadiri oleh wakil daripada sekolah-sekolah di seluruh daerah Jitra sempena sambutan Program Khidmat Masyarakat 2013. Ceramah Program Bank Kitar Semula ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah terutamanya para pelajar bagi mengamalkan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian bagi menjamin kecemerlangan pelajaran mereka.





28 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI SK PADANG PERAHU

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PADANG PERAHU

SK Padang Perahu telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 28 Ogos 2013 bersama-sama pihak PPSPPA Kedah. Dengan bantuan vendor berhampiran, sebanyak lebih kurang 1286 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip sepanjang hari tersebut dan sejumlah RM 510.00 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagih-agihkan kepada warga sekolah yang menghantar barangan kitar semula milik mereka.






BERSUKAN SAMBIL MENGITAR SEMULA !!!!!

PERTANDINGAN BADMINTON PERSAHABATAN ANTARA PPSPPA ALOR SETAR VS JPJ ALOR SETAR

Satu pertandingan Badminton persahabatan antrara pihak PPSPPA Alor Setar dan JPJ Alor Setar telah diadakan pada 28 Ogos 2013. Acara badminton beregu lelaki ini telah diadakan di Dewan Kg Pumpong, Alor Setar daripada pukul 8.00 sehingga 12.00 malam. Aktiviti riadah ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kecergasan warga kerja PPSPPA khususnya anggota penguatkuasa disamping menggalakkan amalan kebersihan di arena sukan badminton tersebut. Konsep 3R telah diamalkan oleh setiap warga kerja iaitu mengumpul botol-botol plastik yang tidak digunakan selepas minum. Hal ini bukan sahaja meningkatkan hubungan silaturrahim antara warga kerja PPSPPA dan JPJ malah menggalakkan amalan 3R semasa bersukan. Majulah Sukan Badminton dan amalan 3R untuk PPSPPA Kedah !!!!!





27 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI MRSM MERBOK

AKTIVITI PAMERAN PPSPPA, CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DAN DEMONSTRASI PENGKOMPOSAN TAKAKURA




Pada 27 Ogos 2013, pihak PPSPPA Kedah telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan Program Bank Kitar Semula dan sedikit demonstrasi berkenaan dengan Kaedah Pengkomposan Takakura di MRSM Merbok, Sungai Petani. Antara pengisian aktiviti yang lain sepanjang hari tersebut ialah aktiviti pameran berkaitan dengan PPSPPA dan Kempen Kitar Semula untuk tatapan warga sekolah berkenaan. Sebanyak 4 Compost Chang yang telah diberikan kepada warga sekolah khususnya para pelajar dan guru-guru yang berminat serta 1 set Compost Chang diberikan kepada pihak kantin untuk diusahakan. Hal ini adalah untuk memastikan pengasingan sisa di sumber terutama sisa berbentuk barangan kitar semula dan sisa makanan tidak dibuang begitu sahaja. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah bagi penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar.

25 Ogos 2013

PROGRAM 3R OLEH WARGA MBAS

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH PIHAK MBAS 

Sepanjang minggu terakhir bulan Ogos, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan kempen kebersihan di pejabat berkenaan dan mengamalkan konsep pengasingan sisa iaitu aspek 3R telah dilaksanakan. Sebahagian barangan kitar semula yang ditemui oleh warga kerja pihak MBAS telah dihantar kepada pihak PPSPPA Kedah pada 25 Ogos 2013. Oleh yang demikian, segala barangan kitar semula yang telah dihantar ini akan dijual kepada syarikat vendor yang berhampiran. Hasilnya, sebanyak 57.4 kg barangan kitar semula yang bejaya ditimbang dan sejumlah RM16.80 telah diberikan kepada pihak MBAS.




24 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI TAMAN RIMBA TITI HAYUN

AKTIVITI GOTONG-ROYONG SERTA PAMERAN PPSPPA DAN KEMPEN KITAR SEMULA DI TAMAN RIMBA TITI HAYUN, YAN






Pada 24 Ogos 2013, 1 aktiviti gotong-royong telah dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kerajaan Negeri Kedah bertempat di Taman Rimba Titi Hayun, Yan Kedah. Pihak PPSPPA Kedah turut terlibat dalam menjalankan pameran dan bekerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. Program berkenaan diadakan sempena menyokong kempen kawalan tikus di kawasan berkenaan.

19 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

Pada 19 Ogos 2013, satu aktiviti penjualan barangan kitar semula telah diadakan di Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar, Kedah. Program 3R tersebut telah dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam bagi memastikan kebersihan persekitaran pejabat terjamin. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengajaran kepada semua warga kerja supaya menjaga kebersihan ruang pejabat khususnya bilik kerja masing-masing.








Sepanjang program 3R tersebut, sebanyak 740 kg barangan kitar semula telah berjaya dijual dengan hasil jualan sejumlah RM 240.00 lebih.

18 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN TAMAN MAHSURI ROS DAN MELOR

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN TAMAN MAHSURI ROS DAN MELOR

Satu aktiviti ceramah Program Bank Kitar Semula telah dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah Pejabat Cawangan Kubang Pasu pada 18 Ogos 2013 di Tabika Perpaduan Taman Mahsuri Ros dan Melor, Jitra. Ceramah yang disampaikan oleh warga kerja PPSPPA Kedah Pejabat Cawangan Kubang Pasu telah dihadiri oleh semua murid sekolah tabika berkenaan. Alhamdulillah, sambutan daripada warga sekolah amat menggalakkan.





15 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI FLAT TAMAN SETIA JAYA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI FLAT TAMAN SETIA JAYA

Komuniti Flat Taman Setia Jaya sekali lagi menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula buat kali kedua pada bulan ini iaitu pada 15 Ogos 2013. Sebanyak 139.80 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual dengan pihak vendor dan memberi pulangan sejumlah RM81.33 kepada penduduk setempat yang menghantar barangan kitar semula milik mereka.






5 Ogos 2013

PROGRAM 3R DI SMK JABI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK JABI

 



Guru penyelaras program 3R di SMK Jabi telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di rumah beliau sebagai menyokong kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Kedah. Aktiviti yang telah dijalankan pada 5 Ogos 2013 ini adalah bertempat di Kampung Minangkabau, Jabi. Sebagai satu aktiviti pembersihan kawasan komuniti SMK Jabi, ahli keluarga guru berkenaan juga turut sama membantu kami.



Pelbagai barangan kitar semula yang telah dijual oleh keluarga guru berkenaan termasuklah CPU komputer, kertas warna, buku-buku lama, kertas cetakan hitam putih, bingkai kipas berdiri, area TV, botol-botol plastik, besi dan tin-tin susu. Sebanyak 362 kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpul dan dijual kepada pihak vendor yang berhampiran dan sejumlah RM 122.44 telah diberikan kepada guru penyelaras program tersebut.