13 Disember 2015

KAJIAN KOMPOSISI SISA AKIBAT PERBUATAN LITTERING DI HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2015

KAJIAN KOMPOSISI SISA AKIBAT PERBUATAN LITTERING DI HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2015

Kajian mendapati bahawa, lebih daripada 256 kali pembuangan sisa/sampah secara merata-rata (aktiviti littering) oleh masyarakat yang ditemui SWCorp sepanjang majlis Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015, bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 12 Disember 2015. Ini dibuktikan dengan aktiviti litter picking yang telah dijalankan beserta Kajian Littering di seluruh kawasan majlis tersebut (di sekitar laluan pejalan kaki, tempat permainan, tempat meletak kereta dan dalam setiap khemah) selama sejam! Hasil kajian mendapati:

22.66% - Botol Plastik Minuman  
16.8% - Percisan Belon (Belon Biru)  
14.06% - Kertas (kebanyakannya kertas Cabutan Bertuah)  
10.16% - Tisu Terpakai  
9.38% - Pembungkus Makanan (Plastik)  
6.64% - Batang Belon (Plastik)
3.52% - Straw  
3.52% - Bekas Makanan (Plastik)  
3.52% - Bekas Minuman (Plastik)  
1.56% - Beg Plastik  
1.95% - Pembungkus Makanan (Kotak)  
1.17% - Sudu Plastik  
0.78% - Polisterin
0.78% - Tin Aluminium 
0.78% - Kaca 
0.78% - Puntung Rokok
0.78% - Tetrapak
0.39% - Mainan Kanak-kanak (Plastik Rigid)
0.39% - Kotak Rokok 
0.39% - Kain Buruk (Fabrik)






27 November 2015

AKTIVITI KAJIAN KOMPOSISI SISA DI TAPAK PELUPUSAN SEELONG, JOHOR

Aktiviti Kajian Komposisi Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan Seelong, Johor

Bahagian Penyelidikan dan Teknologi, SWCorp telah menjalankan kajian Komposisi Sisa di Tapak Pelupusan Seelong, Johor pada 25 hingga 27 November 2015. Aktiviti selama 2 hari ini telah melibatkan sejumlah 12 orang warga Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor dan juga warga kerja SWCorp Negeri Johor dengan jayanya. Selain itu, wakil agensi luar negara daripada Jepun iaitu syarikat NT Data yang diwakili oleh En Kashima juga turut serta untuk mengkaji pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Antara objektif aktiviti berkenaan adalah untuk mengenalpasti komposisi atau jenis-jenis sisa yang terdapat di tapak pelupusan tersebut. Selain itu, beberapa sampel sampah juga diambil dan dihantar ke makmal untuk mengkaji sifat-sifat sisa di tapak pelupusan tersebut. Dengan menjalankan kajian komposisi sisa ini, kita juga dapat menganggarkan perbandingan ketumpatan sisa, kelembapan sisa, dan sifat-sifat sisa di antara tempat penjanaan, tempat penstoran dan lokasi pelupusan. Hal ini dapat membantu kerajaan dalam mengenalpasti jenis-jenis pengurusan sisa pepejal yang sesuai bagi ketiga-tiga lokasi sampah ini. 














Antara keputusan/hasil kajian yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah seperti berikut:




15 November 2015

AKTIVITI LITTER PICKING DAN KAJIAN LITTERING DI MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA 2015 DI PPR TAMAN MULIA, BANDAR TUN RAZAK

AKTIVITI LITTER PICKING DAN KAJIAN LITTERING DI MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA 2015 DI PPR TAMAN MULIA, BANDAR TUN RAZAK

Kajian mendapati bahawa, lebih daripada 385 kali pembuangan sisa merata-rata (aktiviti littering) oleh masyarakat yang ditemui SWCorp sepanjang Majlis Gotong Royong Perdana 2015 di PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak selama sejam! Ini dibuktikan dengan aktiviti litter picking yang telah dijalankan beserta Kajian Littering dalam keluasan hampir 640 kaki persegi kawasan majlis dalam tempoh puncak pukul 9.00 - 10.00 pagi. Hasil kajian mendapati:
41.6% - Sisa Plastik
21.8% - Sisa Kertas
5.2% - Botol Plastik
4.7% - Sisa Makanan
1.3% - Tin-tin Aluminum dan Tin Susu Terbuang
0.8% - Getah Terbuang
4.7% - Tetrapak
2% - Polisterin
0.8% - Lampin Terbuang
2.3% - Sisa Tekstil
0.3% - Besi-besi Buruk
2.6% - Puntung Rokok
1.3% - Kaca
2.3% - Sisa Kebun
8.3% - Lain-lain








Terima kasih kepada Fadzil Rahim, Safri Rahman, Raja Mohd Helmi, Hairul Yusri, Mohamad Syamil M, Ridzuan Hashim, Muhammad Murshidi Malek,Ram Bo Wong dan rakan-rakan serta ehsan penduduk KRT yang lain dalam membantu kajian ini. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Bersama-samalah kita bekerjasama dalam memastikan kebersihan kawasan rumah kita demi kelangsungan dan kelestarian alam sekitar....

6 April 2014

WALKABOUT DI NEGERI JOHOR

 PROGRAM WALKABOUT ANTI LITTER DI SEKITAR JOHOR BAHRU


Pada 5 April 2014, pukul 10.30 malam pihak PPSPPA Negeri Johor telah mengambil inisiatif dengan menjalankan program Anti Litter berbentuk Walkabout bersama-sama ahli Majlis dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bazar Karat Johor Bahru. Inisiatif yang diilhamkan oleh Pengarah PPSPPA Negeri Johor ini adalah merupakan satu pendekatan baru dalam memantau lokasi pembuangan sampah di kawasan yang tidak dibenarkan. Lokasi ini yang digelarkan sebagai Hotspot perlu dipantau dan dihapuskan agar pembuangan sampah oleh masyarakat setempat dilaksanakan dengan cara yang betul. Kawasan sekeliling bazar ini sentiasa dipenuhi dengan masyarakat dan pengisian program Anti Litter yang dijalankan ialah khidmat nasihat dan peringatan oleh PPSPPA kepada pengunjung-pengunjung berkenaan pembuangan sampah dengan cara yang sesuai. Ini melibatkan pemberian sticker Anti Litter yang dilekatkan pada cermin kenderaan pengunjung, pemberian risalah dan sebagainya. Walkabout ini Insyaallah sedikit sebanyak akan menunjukkan kepada masyarakat akan keperihatinan Pihak Berkuasa Tempatan akan kebersihan alam sekitar. Program kerjasama ini juga dapat mengeratkan hubungan antara PPSPPA Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengurangkan masalah kebersihan di peringkat negeri dan daerah.





5 April 2014

OPERASI PEMUTIHAN SAMPAH HARAM DI JASIN

PEMBASMIAN SAMPAH HARAM DI JASIN, MELAKA

Pada 4 April 2014, satu aktiviti pembasmian pembuangan sampah di kawasan yang tidak dibenarkan telah dijalankan di Jasin, Melaka. Aktiviti yang dikenali sebagai Operasi Pemutihan Sampah Haram yang dikelolakan oleh anggota dan Pengurus Cawangan Jasin telah dijalankan di Jalan Kesang Pajak - Selandar, Jasin Melaka ini melibatkan aktiviti pembersihan dan pemantauan. Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, Akta 672, tidak dibenarkan membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan atau didakwa dan didenda minimum RM10 ribu. Maksimum RM100 ribu atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya. 



PELAN TINDAKAN PEMBASMIAN SAMPAH HARAM

PELAN TINDAKAN PEMBASMIAN SISA PEPEJAL DI LOKASI YANG TIDAK DIBENARKAN (SAMPAH HARAM)

Setelah 6 bulan lebih laman blogspot ini tidak disentuh dan dibiarkan sepi, kini tibalah masanya ia bergerak aktif bagi memperjuangkan kempen kebersihan alam sekitar untuk masa depan generasi akan datang. Sempena kemunculan semula blogspot AZRUL3R ini, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang perlu diwar-warkan untuk menyedarkan orang awam bagi membersihkan alam sekitar. Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah mengalami proses rebranding dan akan membawa perubahan dan pergerakan yang lebih aktif sepanjang tahun 2014. Antara tindakan terbaru pihak PPSPPA adalah dengan menjalankan operasi mengurangkan atau membasmi lokasi hotspot atau lokasi sampah haram yang melibatkan anggota penguatkuasa PPSPPA. Berikut merupakan 14 langkah berkesan yang diamalkan oleh warga kerja PPSPPA dalam Pelan Tindakan Pembasmian Sisa Pepejal di Lokasi Yang Tidak Dibenarkan (Sampah Haram):



1 Menyediakan senarai maklumat lokasi sampah haram, mengenalpasti punca-punca berlaku masalah tersebut dan menyenaraikan tindakan-tindakan yang akan dan sedang diambil dengan mewujudkan War Room.
2 Membersihkan lokasi sampah haram dengan kadar segera sebersih-bersihnya.
3 Meletakkan papan tanda amaran di lokasi terbabit sama ada secara kekal atau sementara bagi menjelaskan lokasi tersebut sedang dipantau dan tindakan yang akan diambil kepada pihak yang melanggar undang-undang dengan memaklumkan jenis-jenis hukuman.
4 Melakukan rondaan secara kerap dengan menggunakan kenderaan Rasmi PPSPPA yang dilengkapi dengan petunjuk mata arah untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah haram dan seterusnya memberi amaran kepada pelaku.
5 Memberi fokus kepada kawasan sampah haram tertentu supaya orang awam sedar bahawa pihak PPSPPA adalah “no nonsense” untuk membasmi masalah ini. Dengan pemasangan papan tanda di kawasan tersebut, Penguatkuasa PPSPPA akan memastikan bahawa kawasan tersebut tidak lagi dijadikan lokasi sampah haram oelh penduduk setempat. Kaedah Fokus Fokus Fokus (FFF) akan digunakan sehingga perkara ini tidak berulang lagi.
6 Mengadakan perbincangan bersama pihak industri/pengilang supaya mereka menggunakan perkhidmatan pengutip sampah dan melupuskan sampah tersebut di kawasan yang dibenarkan.
7 Melakukan intipan untuk menangkap pelaku sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan ia berlaku.
8 Melatih anggota Penguatkuasa PPSPPA untuk bertindak secara betul bagi mengumpul bukti kesalahan di lokasi sampah haram bagi tujuan pendakwaan.
9 Pengarah Negeri PPSPPA memberi fokus di lokasi kritikal dan hotspots serta melaporkan kepada pihak pengurusan atasan PPSPPA berhubung kejayaan operasi pembasmian beserta jumlah lokasi yang telah dibasmi.
10 Bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menjadi mata dan telinga kepada PPSPPA dalam penyaluran maklumat yang berkaitan.
11 Menyegerakan tindakan undang-undang bagi kes yang telah dijalankan siasatan sebelum ini untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain.
12 Menjalankan kolaborasi dengan syarikat konsesi untuk mencegah dan membasmi masalah ini.
13 Maklumkan pencapaian dari semasa ke semasa berhubung status tindakan kepada urus setia war room.
14 Mempromosikan langkah pembasmian sisa haram kepada orang awam seperti kenyataan akhbar supaya mereka sedar perkara ini menjadi agenda utama PPSPPA dan masyarakat perlu memberikan tindakbalas yang positif terhadap perkara ini.  

3 September 2013

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH

Selepas menjalankan aktiviti kutipan di SMK Mergong, pihak PPSPPA Kedah bersama-sama vendor bergegas ke SMK Agama Kedah untuk menjalankan program 3R di sana. Hasil kerjasama warga sekolah berkenaan, sebanyak 244.50 kg barangan kitar semula telah dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor. Program pada hari itu disambut dengan meriah oleh warga sekolah dan program diakhiri dengan penyampaian wang tunai sejumlah RM 85.72 kepada warga sekolah yang telah memberikan barangan kitar semula milik mereka.