5 April 2014

PELAN TINDAKAN PEMBASMIAN SAMPAH HARAM

PELAN TINDAKAN PEMBASMIAN SISA PEPEJAL DI LOKASI YANG TIDAK DIBENARKAN (SAMPAH HARAM)

Setelah 6 bulan lebih laman blogspot ini tidak disentuh dan dibiarkan sepi, kini tibalah masanya ia bergerak aktif bagi memperjuangkan kempen kebersihan alam sekitar untuk masa depan generasi akan datang. Sempena kemunculan semula blogspot AZRUL3R ini, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang perlu diwar-warkan untuk menyedarkan orang awam bagi membersihkan alam sekitar. Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah mengalami proses rebranding dan akan membawa perubahan dan pergerakan yang lebih aktif sepanjang tahun 2014. Antara tindakan terbaru pihak PPSPPA adalah dengan menjalankan operasi mengurangkan atau membasmi lokasi hotspot atau lokasi sampah haram yang melibatkan anggota penguatkuasa PPSPPA. Berikut merupakan 14 langkah berkesan yang diamalkan oleh warga kerja PPSPPA dalam Pelan Tindakan Pembasmian Sisa Pepejal di Lokasi Yang Tidak Dibenarkan (Sampah Haram):



1 Menyediakan senarai maklumat lokasi sampah haram, mengenalpasti punca-punca berlaku masalah tersebut dan menyenaraikan tindakan-tindakan yang akan dan sedang diambil dengan mewujudkan War Room.
2 Membersihkan lokasi sampah haram dengan kadar segera sebersih-bersihnya.
3 Meletakkan papan tanda amaran di lokasi terbabit sama ada secara kekal atau sementara bagi menjelaskan lokasi tersebut sedang dipantau dan tindakan yang akan diambil kepada pihak yang melanggar undang-undang dengan memaklumkan jenis-jenis hukuman.
4 Melakukan rondaan secara kerap dengan menggunakan kenderaan Rasmi PPSPPA yang dilengkapi dengan petunjuk mata arah untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah haram dan seterusnya memberi amaran kepada pelaku.
5 Memberi fokus kepada kawasan sampah haram tertentu supaya orang awam sedar bahawa pihak PPSPPA adalah “no nonsense” untuk membasmi masalah ini. Dengan pemasangan papan tanda di kawasan tersebut, Penguatkuasa PPSPPA akan memastikan bahawa kawasan tersebut tidak lagi dijadikan lokasi sampah haram oelh penduduk setempat. Kaedah Fokus Fokus Fokus (FFF) akan digunakan sehingga perkara ini tidak berulang lagi.
6 Mengadakan perbincangan bersama pihak industri/pengilang supaya mereka menggunakan perkhidmatan pengutip sampah dan melupuskan sampah tersebut di kawasan yang dibenarkan.
7 Melakukan intipan untuk menangkap pelaku sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan ia berlaku.
8 Melatih anggota Penguatkuasa PPSPPA untuk bertindak secara betul bagi mengumpul bukti kesalahan di lokasi sampah haram bagi tujuan pendakwaan.
9 Pengarah Negeri PPSPPA memberi fokus di lokasi kritikal dan hotspots serta melaporkan kepada pihak pengurusan atasan PPSPPA berhubung kejayaan operasi pembasmian beserta jumlah lokasi yang telah dibasmi.
10 Bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menjadi mata dan telinga kepada PPSPPA dalam penyaluran maklumat yang berkaitan.
11 Menyegerakan tindakan undang-undang bagi kes yang telah dijalankan siasatan sebelum ini untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain.
12 Menjalankan kolaborasi dengan syarikat konsesi untuk mencegah dan membasmi masalah ini.
13 Maklumkan pencapaian dari semasa ke semasa berhubung status tindakan kepada urus setia war room.
14 Mempromosikan langkah pembasmian sisa haram kepada orang awam seperti kenyataan akhbar supaya mereka sedar perkara ini menjadi agenda utama PPSPPA dan masyarakat perlu memberikan tindakbalas yang positif terhadap perkara ini.  

Tiada ulasan: