28 Jun 2012

PROGRAM 3R DI SK PUTAT, KODIANG, KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PUTAT, KODIANG





SK Putat, Kodiang, Kedah sekolah terbaru yang terawal pada tahun 2012 yang menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah iaitu pada 2 Januari 2012. Kini, pihak sekolah berkenaan sekali lagi ingin menjalankan aktiviti tersebut pada 28 Jun 2012.






Kebetulan pada hari berkenaan pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd tidak dapat menyediakan perkhidmatan lori 3R untuk membantu program tersebut kerana terdapat masalah teknikal. Walaubagaimanapun, aktiviti kutipan tetap dijalankan seperti biasa dengan bantuan vendor pusat kitar semula. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman. Kutipan keseluruhan pada hari tersebut ialah sebanyak 300 kg lebih bersamaan dengan hampir RM100.00. Dengan bantuan pihak guru-guru dan murid-murid, segala barangan kitar semula yang banyak dapat diturunkan daripada tingkat 3 sekolah, diasingkan mengikut jenis dan dikumpulkan sebelum ditimbang dengan sempurna.

26 Jun 2012

PROGRAM 3R DI UUM SINTOK

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK
Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput oleh salah seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Pn Wahida Ayub untuk menjalankan program 3R iaitu kutipan barangan kitar semula di perkarangan Varsity Mall, Universiti berkenaan pada 26 Jun 2012 pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif terbaru pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk menjalankan kempen kitar semula di peringkat Universiti. Di samping itu, aktiviti kutipan tersebut merupakan satu eksperimentasi  untuk mengkaji amalan kitar semula di peringkat pelajar universiti sama ada lelaki atau wanita. Analisis amalan kitar semula ini turut dikaji oleh pihak PPSPPA dan juga Pn Wahida.





Antara warga universiti yang terlibat ialah pensyarah yang terdiri daripada profesor, para pelajar, dan peniaga koperasi di sekitar Varsiti Mall tersebut. Wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.




Sebanyak lebih kurang 300 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan bersamaan dengan RM120.00. Program 3R dijalankan konsep Drive-Thru yang mana setiap penghantaran barangan kitar semula akan ditimbang dan diberikan duit serta-merta untuk menarik perhatian pelaggan dan menggalakkan kempen kitar semula tersebut. Ternyata, konsep yang diamalkan berjaya menarik perhatian ramai walaupun pada masa itu merupakan musim cuti.





Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan untuk pertama kali, program tersebut akan dijalankan lebih kerap selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Diharap pihak Universiti yang lain seperti UITM, dan kolej-kolej turut berminat untuk mengadakan kempen kitar semula ini.

25 Jun 2012

PROGRAM 3R DI SMK BANDAR BARU DARUL AMAN

CERAMAH BANK KITAR SEMULA DI SMK BANDAR BARU DARUL AMAN, JITRA

SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra telah menjemput pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk mengadakan ceramah berkenaan kempen kitar semula. Pada 25 Jun 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah memberikan ceramah berkenaan dengan program Bank Kitar Semula yang merupakan antara kempen kitar semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA kepada pihak sekolah berkenaan. Dengan kehadiran seramai lebih kurang 400 orang murid dan 8 orang guru memeriahkan lagi ceramah berkenaan dengan pelbagai soal jawab dan respon daripada mereka.






Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd termasuklah Y.M Tengku Abaidah, En Syahmi dan En. Faiz.



Insyaallah, kempen kitar semula akan diteruskan di sekolah berkenaan dengan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada masa akan datang. 

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN MAKANAN SEGERA MCD CITY PLAZA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH





Seperti biasa, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah sekali lagi menerima kunjungan daripada dua staf restoran makanan segera McD City Plaza iaitu En Azminor dan En Fazli untuk menjual barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak terpakai. Hasil jualan barangan kitar semula pada hari berkenaan adalah sebanyak RM 18.00 lebih bersamaan dengan 54 kg lebih. Pihak PPSPPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak McD kerana menyokong kempen kitar semula. :-)

24 Jun 2012

PROGRAM 3R DI DEWAN PUTRA KULIM

PAMERAN PPSPPA, KITAR SEMULA DAN PEMBUKAAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU  (KABB)


Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim telah menganjurkan program Kaunter Aduan Awam Bergerak Bersepadu (KABB) pada 24 Jun 2012 pada pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Putra, Kulim, Kedah. Pihak PPSPPA Negeri Kedah turut terlibat dalam menjalankan pameran berkenaan PPSPPA dan program kitar semula serta membuka kaunter aduan awam pada hari tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg Tn Hj Zohdi Bin Hj Saad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim disertai oleh 32 jabatan yang dianggotai oleh jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan bank. Antaranya ialah SADA, Jabatan Alam Sekitar, TM, PUSPAKOM, Bank Negara Malaysia, Pejabat Daerah Kulim, FAMA, JKR,Ibu Pejabat Polis, TNB,AADK, Persatuan Tzu Chi dan banyak lagi. Antara wakil PPSPPA Negeri Kedah termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi, Pn Nor Shieha Mustafa dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman.







PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF McD CITY PLAZA




Pihak restoran segera McD City Plaza sekali lagi membawa barangan kitar semula milik mereka yang kesemuanya adalah kotak-kotak terpakai yang tidak digunakan lagi ke Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk dijual. Hampir 120 kg barangan kitar semula yang terkumpul dan pihak staf-staf McD membawa pulang sejumlah RM 40.00 lebih hasil jualan tersebut. Terima kasih diucapkan.

PROGRAM 3R DI KULIM

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI 5 BUAH TABIKA KEMAS DI KULIM


Warga kerja pejabat PPSPPA Cawangan Kulim telah mengambil inisiatif mereka untuk mengadakan program Bank Kitar Semula di 5 buah tabika KEMAS di Kulim pada 24 Jun 2012 untuk memperbanyakkan aktiviti 3R. Susulan ceramah Program Bank Kitar Semula pada 20 Mei 2012, kali ini aktiviti kutipan barangan kitar semula pula diadakan. 





Antara 5 tabika KEMAS yang terlibat ialah Sekolah Tabika Kg Padang Tembak, Sekolah Tabika Kg Tunku Putra, Sekolah Tabika Syed Sheh, Sekolah Tabika Kg Sg Ular, dan Sekolah Tabika PGA 1 & 2, Kulim.





Antara warga kerja PPSPPA Cawangan Kulim termasuklah Pn Rodziah Binti Yusof, Pn Norhidayah Binti Mohd Nasir, En Azri Aisamuddin Bin Ahmad dan En Mohd Amiruddin Bin Tajul Borhan manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En Hambali dan rakan-rakan.





Kutipan sepanjang program tersebut ialah sebanyak 18 kg bersamaan RM9.00 untuk Sekolah Tabika Kampung Sg Ular, 40 kg yang bersamaan dengan RM 12.00 di Sekolah Tabika Kampung Padang Tembak, 8 kg bersamaan lebih kurang RM9.00 untuk Sekolah Tabika Kampung Tunku Putra, 8 kg bersamaan RM 2.00 di Sekolah Tabika Syed Sheh, dan Sekolah Tabika PGA 1 & 2 sebanyak lebih kurang 50 kg bersamaan dengan RM15.99. Insyaallah, program seperti ini akan diadakan secara berperingkat-peringkat untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping kepentingan amalan kitar semula di kalangan kanak-kanak.



23 Jun 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGNA KITAR SEMULA SEMPENA PROGRAM GOTONG-ROYONG DI SEKITAR SUNGAI ANAK BUKIT


Pada hari Sabtu, 23 Jun 2012, pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS) telah menganjurkan program kesedaran awam berkenaan pembersihan dan pemuliharaan alam sekitar melalui gotong-royong bersama komuniti di sepanjang Sungai Anak Bukit, Alor Setar. Gotong-royong tersebut melibatkan komuniti-komuniti seperti Taman Aman, Kg Alor Madi, Kg Chegar, Kg Alor Ganu dan beberapa komuniti sepanjang Sungai Anak Bukit. Pihak PPSPPA Negeri Kedah pula dijemput untuk menjalankan pameran berkenaan kempen kitar semula dan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula yang diperolehi oleh orang kampung sepanjang program gotong-royong dijalankan. Antara warga kerja PPSPPA yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Pn Nur Diyana Binti Zulkifli. 


Antara tetamu VIP yang hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Hj Ir Phahrolrazi Bin Hj Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga, Tn Hj Abu Bakar (Pengarah JPS), Penghulu, JKKP Taman Aman dan Kg Sekitar, PKWR Taman Aman dan wakil-wakil dari kampung-kampung berdekatan. Antara wakil agensi yang turut terlibat dalam program berkenaan ialah PPSPPA, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Sumber Air Kedah, Jabatan Perhutanan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd.



Sebanyak 144 kg barangan kitar semula telah dihantar dan dijual oleh orang kampung dan penduduk setempat khususnya golongan belia dan kanak-kanak yang tidak putus-putus datang ke kaunter kitar semula PPSPPA. Kuantiti barangan kitar semula yang telah dijual kepada pihak PPSPPA mengikut berat ialah kertas terpakai dan kotak (48 kg), botol plastik (68 kg), tin susu dan milo (13 kg) serta besi buruk (15 kg). Kesemua barangan kitar semula tersebut telah dijual ke Pusat Kitar Semula berhampiran. Program ini dapat memperkenal PPSPPA kepada orang ramai seterusnya mempromosikan kempen kitar semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Insyaallah, program ini akan dijalankan sekali lagi dan berterusan di lokasi tersebut memandangkan sambutan hangat pada kempen kitar semula oleh para penduduk dan komuniti berkenaan merupakan bakal menjadi 'Taman Angkat' PPSPPA pada masa hadapan.

21 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH SECRET RECIPE, CITY PLAZA


Setelah pelbagai promosi secara verbal dijalankan secara meluas di Alor Setar terutama di sekitar Ibu Pejabat PPSPPA, pihak kami telah menerima sahutan daripada staf-staf Restoran Secret Recipe, City Plaza pada 21 Jun 2012 untuk menjual barangan kitar semula milik mereka. Hasil jualan barangan kitar semula yang telah dihantar oleh mereka adalah sebanyak RM 27.01 yang mana barangan kitar semula tersebut ialah tin aluminium dan surat khabar.

surat khabar 

tin aluminium