21 Jun 2012

PROGRAM 3R DI PENDANG LAKE RESORT

PAMERAN PPSPPA, KITAR SEMULA DAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS DI PENDANG LAKE RESORT, PENDANG


PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput untuk menjalankan pameran berkenaan agensi, kempen kitar semula dan penghasilan baja kompos di Pendang Lake Resort pada 21 Jun 2012. Pameran tersebut dijalankan sempena sambutan program Agenda Tempatan 2012 anjura Majlis Daerah Pendang. Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, En Raja Mohd Radzi Bin Raja Abd Jalil, dan Pn Norlia Binti Abd Hamid.





Selain menjalankan pameran, pihak PPSPPA juga turut dilantik sebagai panel juri bagi mengadili pertandingan Inovasi Kitar Semula di antara Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Daerah Pendang. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah MRSM Pendang, SMK Ibrahim , SMK Kubur Panjang, SMK Tokai, SMK Pendang, dan SMK Tanah Merah. SMK Tokai telah menjadi juara dengan rekacipta pelajar-pelajar mereka iaitu lampu daripada barangan kitar semula. Penglibatan PPSPPA dalam program ini merapatkan lagi hubungan antara PPSPPA, Majlis Daerah Pendang, pihak sekolah dan orang ramai. Semoga pengaruh kitar semula dapat diperluaskan lagi dengan kewujudan program-program seperti hari ini.

Tiada ulasan: