18 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

MESYUARAT BIL. 2 PROGRAM KESEDARAN AWAM BERSAMA KOMUNITI TAMAN AMAN




Pada 18 Jun 2012, satu mesyuarat susulan anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS) telah dijalankan di Dewan Orang Ramai, Taman Aman, Alor Setar berkenaan dengan perancangan program gotong-royong bersama komuniti di sepanjang persekitaran Sungai Anak Bukit. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn Hj Zainalfikry itu juga telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada JPS, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah (JAS), JKR, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), JKKP Taman Aman, PKWR kawasan Taman Aman, Pusat Khidmat ADUN Anak Bukit, Penghulu Anak Bukit, PPSPPA Negeri Kedah yang diwakili En Mohd Azrul Bin Azmi dan Pn Nur Diyana Binti Zulkifli selaku Pembantu Penguatkuasa yang memantau taman tersebut, serta Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. 


Antara perkara yang dibangkitkan ialah berkenaan peletakkan tapak, pengumpulan peserta, pameran, VIP, dan penetapan agenda kepada wakil-wakil yang hadir bagi menjayakan program tersebut. Program gotong-royong berkenaan akan dijadikan satu platform untuk pihak PPSPPA memperkenalkan agensi dan mempromosikan kempen kitar semula di kalangan masyarakat terutama, penduduk Taman Aman yang merupakan Taman Angkat bagi segala program kutipan, pembersihan awam dan amalan kitar semula yang dianjurkan oleh PPSPPA dengan kerjasama Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Program tersebut dijangka akan diadakan secara besar-besaran pada 23 Jun 2012.

Tiada ulasan: