5 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

MESYUARAT KITAR SEMULA DI KALANGAN WANITA

Satu mesyuarat khas yang dianjurkan oleh seorang pensyarah daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok , Pn Wahida Ayub, telah diadakan di Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah pada 5 Jun 2012 bagi membincangkan mengenai amalan kitar semula di kalangan wanita. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk mendapatkan respon daripada orang awam yang terdiri daripada penduduk dan komuniti serta penjawat awam daripada pihak PPSPPA, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Alam Sekitar, dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. 




Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Pn Wahida telah dihadiri oleh pihak PPSPPA iaitu En Mohd Azrul Bin Azmi, En. Khairuddin daripada MBAS, En. Ishak daripada Jabatan Alam Sekitar, En. Syahmi dan En. Faiz daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd serta beberapa responden daripada Yan dan Pendang iaitu Pn Siti, Pn Fauziah, Pn Norkiah dan Pn Dalila yang dapat membantu memberikan pandangan dan pendapat mengenai masalah, cara penyelesaian serta cadangan berkaitan dengan amalan kitar semula di kalangan wanita. 



Antara isu-isu berbangkit ialah kemudahan kitar semula, sasaran pencapaian kitar semula di Negeri Kedah, pendidikan kepada orang awam khususnya wanita, kempen dan iklan, pengasingan sisa di sumber, kewangan, masalah, dan akhir sekali cadangan. Diharap dengan perbincangan pada hari ini dapat meningkatkan aktiviti berbentuk 3R dan kitar semula di komuniti nanti. Antara sasaran pihak PPSPPA adalah untuk mengadakan aktiviti 3R di UUM, komuniti taman ataupun kampung dan juga persatuan-persatuan belia, kampung dan sebagainya.

Tiada ulasan: