4 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH DARIPADA STAF TINGKAT 9, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)

Pada 4 Jun 2012, staf-staf di tingkat 9, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengumpul barangan kitar semula untuk dijual kepada pihak PPSPPA sebagai menyokong program 3R khususnya kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA. Sebagai hasilnya, En Ahmad, wakil staf MBAS telah menghantar barangan kitar semula yang telah diasing dan dikumpul kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah pada pukul 3.30 petang. Antara warga kerja yang turut membantu ialah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan Pn Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen.






Sebanyak 42.60 kg barangan kitar semula yang telah dijual kepada pihak PPSPPA dan sebanyak RM14.05 hasil jualan telah diberikan kepada En Ahmad selaku wakil staf tingkat 9, MBAS. Terima kasih diucapkan kerana menyokong kempen kitar semula. Barang-barang kitar semula tersebut akan dihantar dan diproses di Pusat Kitar Semula. 

Tiada ulasan: