8 Jun 2012

PROGRAM 3R DI KULIM HI TECH

PAMERAN KITAR SEMULA, PENGHASILAN BAJA KOMPOS DAN PROMOSI LARIAN KITAR SEMULA 2012




PPSPPA telah dijemput untuk membuka booth dalam Program Janji Ditepati yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sempena lawatan beliau ke Kulim Hi Tech pada 8 Jun 2012. Kali ini, pihak PPSPPA terlibat dalam menjalankan pameran bersama-sama pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pameran yang dijalankan termasuklah pameran kitar semula, penghasilan baja kompos daripada sisa makanan menggunakan teknik Takakura dan promosi berkaitan dengan program Larian Kitar Semula 2012 yang akan dianjurkan oleh PPSPPA pada bulan November nanti.





Pameran yang dijalankan oleh pihak PPSPPA kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan CEO  PPSPPA (Pengurusan), En Wee Beng Ee dan Pengarah PPSPPA Negeri Kedah, Pn Fadzilah Binti Hasan. Antara warga kerja yang hadir membantu menjaga booth pameran dan mempromosikan program PPSPPA ialah Pn Fauziah Binti Seman, Pn Salmah Binti Said, En Mohd Shafarul Bin Mat Isa @ Md Nor, En Norazlan Bin Hashim, En Muhammad Ibrahim Bin Arifin, En Zulhisham Bin Zolkafali, En Borhan Bin Tan, En Azri Aisamuddin Bin Ahmad, dan En Mohd Amiruddin Bin Tajul Borhan daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kulim.

Tiada ulasan: