18 Jun 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN McD
Seperti biasa, apabila menerima panggilan telefon daripada En Fazli, salah seorang staf Restoran McD City Plaza, kami daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah bersedia dengan mesin penimbang. Pada 18 Jun 2012, pihak kami telah menerima lebih 150 kg lebih barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak terpakai yang tidak digunakan lagi untuk dijual oleh staf-staf restoran berkenaan. 





Hasilnya, pihak restoran tersebut telah menerima sejumlah RM 50.00 lebih dan insyaallah akan bekerjasama menjayakan kempen kitar semula ini di masa hadapan. Kesemua barangan kitar semula yang telah dihantar oleh staf-staf restoran berkenaan akan dijual oleh pihak kami di pusat kitar semula berhampiran.

Tiada ulasan: