26 Jun 2012

PROGRAM 3R DI UUM SINTOK

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK
Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput oleh salah seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Pn Wahida Ayub untuk menjalankan program 3R iaitu kutipan barangan kitar semula di perkarangan Varsity Mall, Universiti berkenaan pada 26 Jun 2012 pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif terbaru pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk menjalankan kempen kitar semula di peringkat Universiti. Di samping itu, aktiviti kutipan tersebut merupakan satu eksperimentasi  untuk mengkaji amalan kitar semula di peringkat pelajar universiti sama ada lelaki atau wanita. Analisis amalan kitar semula ini turut dikaji oleh pihak PPSPPA dan juga Pn Wahida.





Antara warga universiti yang terlibat ialah pensyarah yang terdiri daripada profesor, para pelajar, dan peniaga koperasi di sekitar Varsiti Mall tersebut. Wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.




Sebanyak lebih kurang 300 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan bersamaan dengan RM120.00. Program 3R dijalankan konsep Drive-Thru yang mana setiap penghantaran barangan kitar semula akan ditimbang dan diberikan duit serta-merta untuk menarik perhatian pelaggan dan menggalakkan kempen kitar semula tersebut. Ternyata, konsep yang diamalkan berjaya menarik perhatian ramai walaupun pada masa itu merupakan musim cuti.





Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan untuk pertama kali, program tersebut akan dijalankan lebih kerap selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Diharap pihak Universiti yang lain seperti UITM, dan kolej-kolej turut berminat untuk mengadakan kempen kitar semula ini.

Tiada ulasan: