29 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SMK DARUL AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK DARUL AMAN, ALOR SETAR






Selepas aktiviti kutipan pertama mereka pada 16 Julai 2012, sekali lagi pihak pengurusan badan Pendidikan Khas SMK Darul Aman, Alor Setar dengan kerjasama para pelajar dan guru-guru berminat untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula bertempat di sekolah tersebut pada 29 Ogos 2012 selepas aktiviti kutipan di Tabika Perpaduan Teluk Wan Jah.

Kali ini, jumlah kutipan barangan kitar semula ialah sebanyak lebih kurang 60kg bersamaan dengan RM 20.00. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Segala hasil jualan barangan kitar semula tersebut akan disalurkan ke dalam tabung badan Pendidikan Khas sekolah berkenaan.

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN TELUK WAN JAH

AKTIVITI CERAMAH BANK KITAR SEMULA DAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SEKOLAH TABIKA PERPADUAN TELUK WAN JAH, ALOR SETAR





Selepas penerangan berkenaan dengan program Bank Kitar Semula oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah pada awal tahun ini, pihak pengurusan sekolah Tabika Perpaduan Teluk Wan Jah berminat untuk terlibat dalam program tersebut. Sehubungan itu, pada 29 Ogos 2012, pihak PPSPPA yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi telah dipohon oleh pihak guru dan waris sekolah berkenaan untuk menyampaikan ceramah dan terus mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula.




Sebanyak 200 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya dikumpul, diasingkan dan ditimbangkan sebelum dijual di pusat kitar semula terdekat. Selepas dijual, sejumlah hampir RM 90.00 hasil jualan yang diberikan kepada pihak pengurusan sekolah.

28 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SK PUTAT, KODIANG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PUTAT, KODIANG

Pemberian sebuah alat penimbang dan satu kain rentang kepada sekolah yang aktif dalam program Bank Kitar Semula anjuran PPSPPA diteruskan di SK Putat, Kodiang yang merupakan sekolah rendah paling aktif dalam program 3R ini iaitu menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula sepanjang tahun 2012. Aktiviti pemberian yang dipertanggungjawabkan oleh warga kerja PPSPPA Cawangan Kubang Pasu yang terdiri daripada Pn Winita Suwanmani A/P Them dan En Mohd. Rizhan Bin Rashidi dijalankan susulan daripada permohonan pihak pengurusan sekolah sendiri untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 28 Ogos 2012 selepas kutipan yang agak meriah pada 28 Jun 2012.





Kain rentang ini akan digunapakai oleh pihak sekolah dalam mempromosikan program berkenaan seterusnya menggunakan alat penimbang yang dihadiahkan tanpa menunggu alat penimbang daripada pihak vendor. Kutipan pada hari tersebut adalah sebanyak lebih kurang 190 kg bersamaan dengan RM 63.00 lebih.


26 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH RESTORAN MAKANAN SEGERA McD DAN SECRET RECIPE CITY PLAZA SERTA KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

Pada 26 dan 27 Ogos 2012, selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah mendapat kunjungan daripada staf-staf Restoran Makanan Segera McD dan Secret Recipe City Plaza serta staf daripada Kedai 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.





Pada 26 Ogos 2012, sebanyak 250 kg lebih barangan kitar semula telah berjaya dijual oleh pihak McD dan sejumlah RM 75.00 lebih diberikan kepada mereka. Selain itu, sebanyak 50 kg lebih barangan kitar semula telah dijual oleh staf-staf kedai 7 Eleven dan sejumlah RM 17.00 lebih diberikan kepada mereka. Pada 27 Ogos 2012, sebanyak 36 kg lebih barangan kitar semula yang dibawa dan dijual oleh pihak staf-staf Restoran Secret Recipe City Plaza dan hasil jualan barangan kitar semula tersebut memberi pulangan sebanyak RM 10.00 lebih. Segala urusan jual beli dijalankan di Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar dan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam akan menjual barangan yang dihantar tersebut ke pusat kitar semula berhampiran.

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN



Selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada 26 Ogos 2012 pihak pengurusan Wisma Darul Aman telah memohon kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk melaksanakan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekitar kompleks kerajaan berkenaan. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan ditemani oleh En Fauzi daripada Bahagian Kerajaan Tempatan. Hasil kutipan barangan kitar semula pada hari tersebut ialah sebanyak 70 kg lebih yang terdiri daripada kotak, kertas, surat khabar dan katrij mesin pencetak.

Hasil jualan barangan kitar semula tersebut yang diuruskan oleh pihak vendor ialah sejumlah RM 27.55. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kompleks kerajaan tersebut.

15 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI KAMPUNG HUJUNG MERGONG, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI KAMPUNG HUJUNG MERGONG, ALOR SETAR

Pada 15 Ogos 2012, Pn Zakiah salah seorang penduduk Kampung Hujung Mergong ingin menjual barangan kitar semula di sekitar kawasan rumah beliau dan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah dimaklumkan berkenaan dengan hal tersebut. Oleh yang demikian, pihak Bahagian yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi terus ke rumah Pn Zakiah bersama vendor kitar semula berhampiran untuk menjalankan program pengasingan sisa di sumber di komuniti tersebut.



Sebanyak 165.7 kg barangan kitar semula yang berjaya dikumpul dan diasingkan mengikut jenis dan ditimbang. Selepas dijual di pusat kitar, sejumlah RM 88.00 lebih telah diberikan kepada keluarga Pn Zakiah. Insyaallah, aktiviti ini akan diteruskan di kampung tersebut berikutan perhatian yang banyak diberikan oleh jiran-jiran terdekat.

14 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR




Maktab Mahmud merupakan sekolah baru yang menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah. Pada 14 Ogos 2012, guru subjek fizik sekolah berkenaan (Cikgu Nor Hasni) telah memohon kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk menganjurkan satu program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di makmal sekolah berkenaan untuk membantu meningkatkan dana Badan Sains dan Matematik sekolah tersebut.

Sebanyak 215 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, kotak, botol-botol plastik, tin-tin aluminium dan besi terpakai yang berjaya dikutip dan ditimbang serta hasil jualan yang diberikan ialah sebanyak RM 78.00 lebih.

13 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI MASJID

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOPERASI MASJID AMAN, ALOR SETAR

Semasa menjalankan program 3R di SMK Sri Ampang, guru penyelaras program telah mewar-warkan kepada pihak PPSPPA untuk menjalankan program yang sama di Masjid Aman, berdekatan dengan simpang ke Kuala Kedah, Alor Setar pada hari berkenaan. Ianya bertujuan untuk membantu menjana pendapatan sampingan koperasi masjid tersebut.



Oleh yang demikian, pihak vendor telah bersetuju untuk bekerjasama menjual barangan kitar semula yang dipunyai oleh koperasi masjid berkenaan memandangkan lori kutipan barangan kitar semula masih  terdapat kekosongan. Hasil jualan barangan kitar semula yang telah dikumpul adalah sebanyak RM 20.00 lebih iaitu sebanyak 78kg kotak-kotak yang tidak digunakan.

PROGRAM 3R DI SMK SRI AMPANG, KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SRI AMPANG, KUALA KEDAH, ALOR SETAR






Program 3R anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah diteruskan di SMK Sri Pantai, Kuala Kedah, Alor Setar selepas menjalankan aktiviti yang sama di SMK Seri Pantai. Aktiviti berkenaan yang dijalankan pada 13 Ogos 2012, pukul 10.30 pagi disertai oleh puluhan murid dan 3 orang guru penyelaras program serta wakil daripada pihak vendor kitar semula berdekatan dan juga En Mohd Azrul Bin Azmi yang mewaikil PPSPPA Negeri Kedah. 

Dengan usaha yang diberikan olrh guru penyelaras program, Pn Shazrina dan penglibatan yang aktif di kalangan para pelajar sekolah tersebut, pihak PPSPPA telah menghadiahkan sebuah alat penimbang dan satu kain rentang untuk meningkatkan lagi promosi aktiviti berkenaan. Sebagai tanda kerjasama, pihak sekolah telah menggantungkan kain rentang tersebut dan menggunakan alat penimbang yang dihadiahkan oleh pihak PPSPPA semasa menjalankan aktiviti berkenaan.

Hasilnya, sebanyak 300 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan memberikan hasil jualan hampir RM150.00 kepada setiap warga SMK Sri Ampang.




PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH







Dengan bantuan pihak vendor kitar semula berhampiran, pihak PPSPPA Negeri Kedah dengan kerjasama pihak pengurusan SMK Seri Pantai menjalankan program 3R buat kali ke-3 berturut-turut yakni pada 13 Ogos 2012. Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi dengan aturcara program dibantu oleh puan YDP PIBG sekolah berkenaan. Permintaan untuk menjalankan program 3R berkenaan kini memerlukan "tempahan awal" berikutan banyak sekolah dan komuniti yang berminat dengan aktiviti tersebut. 

Jumlah kutipan barangan kitar semula yang diperoleh ialah sebanyak 142 kg iaitu sejumlah RM 40.00 lebih hasil jualan barangan tersebut telah dipulangkan kepada setiap pihak yang membawa barangan kitar semula tersebut. Insyaallah, pihak PPSPPA sedang mengusahakan program Bank Kitar Semula bersama Maybank yang dapat memberikan kemudahan kepada pihak pelajar sekolah untuk menabung daripada hasil jualan barangan kitar semula.

12 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI TAMAN TENGKU HABSAH, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN TENGKU HABSAH, JALAN TELUK WAN JAH, ALOR SETAR

Semasa menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Tabika Perpaduan Alor Malai, Alor Setar pada 12 Ogos 2012, pihak PPSPPA telah mendapat panggilan daripada salah seorang penduduk Taman Tengku Habsah, Jalan Teluk Wan Jah untuk menjalankan program 3R. Lokasi taman tersebut terletak berhampiran dengan Market Koboi, Alor Setar. Oleh yang demikian, selepas aktiviti yang sama dijalankan di tabika Alor Malai, warga kerja daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar terus bergegas ke Taman Tengku Habsah untuk meneruskan program 3R dengan bantuan vendor.




Antara penduduk taman tersebut yang berminat dengan program anjuran pihak kami ialah keluarga Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang mempunyai inisiatif untuk menjalankan pengasingan sisa di belakang rumah mereka. Hasilnya, segala sisa pepejal yang boleh dikitar semula telah dijual kepada pihak vendor sebanyak 47 kg lebih bersamaan dengan RM 14.00 lebih. 

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN ALOR MALAI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN ALOR MALAI, ALOR SETAR

Hampir 4 bulan selepas kutipan terakhir pada 25 April 2012, kini pihak guru dan murid sekolah Tabika Perpaduan Alor Malai, Alor Setar telah memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk menjalankan aktiviti demikian pada 12 Ogos 2012, pukul 9.00 pagi. Selain itu, aktiviti yang sama turut dijalankan di SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra dan di Komuniti Taman Habsah, berdekatan dengan Market Koboi, Alor Setar. 





Kali ini, warga kerja yang terlibat dalam program berkenaan ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Alhamdulillah, sebanyak hampir 100 kg barangan kitar semula yang berjaya dikumpul, diasingkan mengikut jenis dan ditimbang serta dijual. Hasil jualan barangan lusuh tersebut memberi pulangan sebanyak hampir RM40.00 kepada murid-murid dan pihak guru sekolah tabika tersebut.

PROGRAM 3R DI SMK BANDAR BARU DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK BANDAR BARU DARUL AMAN, JITRA

Segala aktiviti kitar semula di peringkat daerah akan dipertanggungjawabkan atau diuruskan sepenuhnya oleh setiap pejabat cawangan PPSPPA berdekatan. Begitulah prinsip yang diikuti oleh setiap warga kerja PPSPPA Negeri Kedah khususnya warga kerja di pejabat cawangan. Oleh yang demikian, program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra telah dijalankan oleh warga kerja Pejabat Cawangan Kubang Pasu iaitu Pn Banian Binti Zulkifli dan En Rizhan bin Rashidi. Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 12 Ogos 2012, pukul 9.00 pagi.




Dengan bantuan pihak Vendor, kutipan pada hari berkenaan adalah sebanyak 23 kg bersamaan dengan RM 8.00. Insyaallah, aktiviti 3R berikutnya akan dijalankan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

8 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SMK HUTAN KAMPUNG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK HUTAN KAMPUNG, KEDAH

Selepas aktiviti kutipan terakhir mereka pada 10 Julai 2012, kini semangat untuk mengitar semula di kalangan para pelajar SMK Hutan Kampung semakin meningkat dengan mengadakan aktiviti yang sama pada 8 Ogos 2012 biarpun semasa sesi peperiksaan percubaan SPM. Hal ini membuktikan bahawa pihak pengurusan sekolah telah berjaya mendidik para pelajar untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka disamping membersihkan kawasan sekolah.




Oleh kerana pelajar-pelajar sekolah berkenaan sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM, maka program 3R telah dikelolakan oleh guru penyelaras iaitu Cikgu Zuniza. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi.


Jumlah kutipan barangan kitar semula yang diperoleh pada hari tersebut ialah sebanyak 198 kg bersamaan dengan RM 62.00 lebih telah diterima oleh pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada para pelajar yang menghantar barangan kitar semula.