7 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SJK LAM MIN, KODIANG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SJK LAM MIN, KODIANG

Selain aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan di SMK Mergong, Alor Setar pada 7 Ogos 2012, aktiviti yang sama juga dijalankan di SJK Lam Min, Kodiang oleh staf-staf daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. 




Antara warga kerja yang terlibat ialah Puan Banian Binti Zulkifli dan En Mohd. Syolehhin bin Abu Bakar daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. Sebanyak 560 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, botol plastik dan besi yang dapat dikumpul, diasingkan dan dijual kepada pihak vendor atau pusat kitar semula terdekat. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah sebanyak RM 170.00 lebih.

Tiada ulasan: