12 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI TAMAN TENGKU HABSAH, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN TENGKU HABSAH, JALAN TELUK WAN JAH, ALOR SETAR

Semasa menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Tabika Perpaduan Alor Malai, Alor Setar pada 12 Ogos 2012, pihak PPSPPA telah mendapat panggilan daripada salah seorang penduduk Taman Tengku Habsah, Jalan Teluk Wan Jah untuk menjalankan program 3R. Lokasi taman tersebut terletak berhampiran dengan Market Koboi, Alor Setar. Oleh yang demikian, selepas aktiviti yang sama dijalankan di tabika Alor Malai, warga kerja daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar terus bergegas ke Taman Tengku Habsah untuk meneruskan program 3R dengan bantuan vendor.




Antara penduduk taman tersebut yang berminat dengan program anjuran pihak kami ialah keluarga Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang mempunyai inisiatif untuk menjalankan pengasingan sisa di belakang rumah mereka. Hasilnya, segala sisa pepejal yang boleh dikitar semula telah dijual kepada pihak vendor sebanyak 47 kg lebih bersamaan dengan RM 14.00 lebih. 

Tiada ulasan: