6 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN PERMATA, JITRA

AKTIVITI CERAMAH BERKENAAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN PERMATA, JITRA

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput hadir di Dewan Komuniti Taman Permata, Jitra pada 6 Ogos 2012 untuk memberikan ceramah berkenaan Program Bank Kitar Semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk diserapkan dalam pembelajaran di semua Tabika dan Taska Permata Perpaduan di sekitar Jitra. En Mohd Azrul Bin Azmi yang mewakili pihak Bahagian memberikan ceramah berkenaan program berkenaan.





Antara tetamu yang hadir adalah wakil pihak guru daripada tabika dan taska permata kawasan masing-masing di sekitar jitra diketuai oleh Pegawai Perpaduan Jitra serta wakil pihak waris. Semua tetamu diberikan pendedahan berkenaan dengan pengenalan PPSPPA, peranan PPSPPA, nombor Aduan Sisa, program yang dianjurkan oleh PPSPPA, program Bank Kitar Semula, jenis-jenis dan harga barangan kitar semula dan kempen 3R khususnya kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA dalam misi mengurangkan sisa pepejal daripada dihantar ke tapak pelupusan. Insyaallah, program berkenaan akan dijalankan dalam masa terdekat dimulai dengan aktiviti ceramah kepada murid-murid dan waris di tabika masing-masing dan diikuti dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula kemungkinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Harapan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah agar program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan ianya akan dijalankan dengan berterusan.

Tiada ulasan: