6 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR ALOR SETAR

PEMBERIAN BANNER DAN ALAT PENIMBANG KEPADA SMK SERI AMPANG, SMK LANGGAR, SMK AGAMA KEDAH DAN SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR



PPSPPA Negeri Kedah telah menerima sejumlah peruntukkan untuk memberikan sumbangan kemudahan alat penimbang untuk memudahkan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula serta banner atau kain rentang untuk mempromosikan kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Kedua-dua kemudahan ini telah diberikan pada 6 Ogos 2012 kepada sekolah-sekolah terpilih dan yang paling aktif dalam menjalankan program berkenaan dan nama sekolah-sekolah seperti di tajuk adalah sekolah yang bertuah tersebut. Pemilihan sekolah yang aktif ini adalah berdasarkan kuantiti barangan kitar semula yang dikutip dan juga kekerapan program 3R yang dijalankan oleh setiap sekolah berkenaan. Setakat ini terdapat lebih kurang 26 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah yang telah bekerjasama dengan PPSPPA Negeri Kedah dalam menjayakan kempen kitar semula ini dan 5 daripadanya merupakan sekolah yang paling aktif. 1 lagi sekolah paling aktif dalam menjayakan program ini ialah SK Putat, Kodiang dan pemberian kedua-dua barangan tersebut akan diberikan pada aktiviti kutipan seterusnya di sekolah berkenaan. Justeru, kemudahan yang diberikan oleh pihak PPSPPA ini diharap dapat meningkatkan lagi amalan kitar semula di kalangan warga sekolah dan menaikkan semangat sekolah-sekolah lain untuk turut serta dan bersaing dalam program berkaitan. 

Tiada ulasan: