6 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN

Seperti biasa, pihak pengurusan Wisma Darul Aman yang terdiri daripada penjawat awam daripada Bahagian Audit Dalaman, Kerajaan Tempatan termasuklah staf-staf sokongan HAWA bekerjasama dengan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah dalam mengumpul, mengasingkan dan menimbang barangan kitar semula pada 6 Ogos 2012 bertempat di hadapan gimnasium Wisma Darul Aman, pukul 9.00 pagi. Sementara menunggu lori vendor sampai, kami mengagihkan segala barangan kitar semula mengikut jenis dan Bahagian berdasarkan konsep pengagihan sisa di sumber. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi.






Selepas lori vendor tiba, pihak pengurusan dan staf-staf sokongan bekerjasama membantu mengangkat dan menimbang barangan kitar semula yang telah diasingkan mengikut jenis. Sebanyak 600 kg lebih barangan kitar semula yang telah ditimbang dan menghasilkan jualan sebanyak RM 200.00 lebih yang akan diagihkan kepada setiap Bahagian, individu, dan staf-staf sokongan pada hari yang sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.






Tiada ulasan: