26 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH RESTORAN MAKANAN SEGERA McD DAN SECRET RECIPE CITY PLAZA SERTA KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

Pada 26 dan 27 Ogos 2012, selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah mendapat kunjungan daripada staf-staf Restoran Makanan Segera McD dan Secret Recipe City Plaza serta staf daripada Kedai 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.





Pada 26 Ogos 2012, sebanyak 250 kg lebih barangan kitar semula telah berjaya dijual oleh pihak McD dan sejumlah RM 75.00 lebih diberikan kepada mereka. Selain itu, sebanyak 50 kg lebih barangan kitar semula telah dijual oleh staf-staf kedai 7 Eleven dan sejumlah RM 17.00 lebih diberikan kepada mereka. Pada 27 Ogos 2012, sebanyak 36 kg lebih barangan kitar semula yang dibawa dan dijual oleh pihak staf-staf Restoran Secret Recipe City Plaza dan hasil jualan barangan kitar semula tersebut memberi pulangan sebanyak RM 10.00 lebih. Segala urusan jual beli dijalankan di Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar dan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam akan menjual barangan yang dihantar tersebut ke pusat kitar semula berhampiran.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

DI Ofis saya ada kotak yang hendak dijual..agak banyak jugak..Boleh ka pihak tuan datang ke opis saya untuk ambil kotak..lokasi Kompleks TM, Jalan Kolam Air. Azmi 047305017