6 Ogos 2012

PROGRAM 3R DI SMK KEPALA BATAS, KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK KEPALA BATAS, KEDAH





SMK Kepala Batas telah menerima satu alat penimbang dan kain rentang berkenaan dengan program Bank Kitar Semula kerana sekolah tersebut merupakan salah sebuah sekolah daripada 5 buah sekolah terpilih yang paling aktif dalam menjayakan program tersebut sepanjang tahun 2012. Semasa sesi pemberian alat penimbang dan kain rentang berkenaan pada 6 Ogos 2012, aktiviti kutipan barangan kitar semula turut diadakan. Sebanyak 30 kg lebih barangan kitar semula telah dikumpul, diasingkan dan ditimbang yang  mana dihantar oleh para pelajar dan sebahagian guru sekolah berkenaan. Selepas dijual di pusat kitar semula terdekat, sebanyak RM 11.00 lebih hasil jualan dipulangkan kepada pihak yang terlibat. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan aktif sekolah tersebut.

Tiada ulasan: