10 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI PEMBELIAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA KEDAH
Setelah pelbagai aktiviti promosi dijalankan kepada orang ramai, pihak Bahagian Kitar Semula, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah mendapat kerjasama pihak Restoran Makanan Segera McDonalds di Kompleks Membeli Belah City Plaza, Alor Setar dalam menjayakan kempen Kitar Semula. Pada 10 Jun 2012, pihak staf restoran tersebut telah menghantar barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak pembungkus makanan yang tidak digunakan semula untuk dijual kepada pihak PPSPPA. 




Antara warga kerja PPSPPA yang turut membantu ialah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan Pn Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen. Proses penjualan barangan kitar semula tersebut berakhir pada pukul 5.00 petang yang mana jumlah kutipan kotak-kotak berkenaan adalah sebanyak lebih kurang 40 kg bersamaan dengan RM 13.25 telah diberikan kepada staf-staf restoran tersebut. Perbandingan antara harga barangan yang dibeli oleh pembeli-pembeli barangan lusuh yang menggunakan van di luar sana dengan harga barangan yang ditawarkan oleh kami adalah berbeza. Pihak PPSPPA menawarkan harga yang lebih tinggi untuk menggalakkan kempen kitar semula dan untuk membantu masyarakat. 






Harapan pihak kami agar lebih ramai orang awam yang berminat dengan amalan kitar semula dan sasaran pihak kami ialah mengumpul data kitar semula di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Ke arah pengamalan kitar semula untuk semua!


Tiada ulasan: