KAJIAN KOMPOSISI SISA AKIBAT PERBUATAN LITTERING DI HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2015
Kajian mendapati bahawa, lebih daripada
256 kali pembuangan sisa/sampah secara merata-rata (aktiviti littering) oleh
masyarakat yang ditemui SWCorp sepanjang majlis Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015,
bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 12 Disember 2015. Ini
dibuktikan dengan aktiviti litter picking yang telah dijalankan beserta Kajian
Littering di seluruh kawasan majlis tersebut (di sekitar laluan pejalan kaki,
tempat permainan, tempat meletak kereta dan dalam setiap khemah) selama sejam!
Hasil kajian mendapati:
22.66% - Botol Plastik Minuman
16.8% - Percisan Belon (Belon Biru)
14.06% - Kertas (kebanyakannya kertas Cabutan
Bertuah)
10.16% - Tisu Terpakai
9.38% - Pembungkus Makanan (Plastik)
6.64% - Batang Belon (Plastik)
3.52% - Straw
3.52% - Bekas Makanan (Plastik)
3.52% - Bekas Minuman (Plastik)
1.56% - Beg Plastik
1.95% - Pembungkus Makanan (Kotak)
1.17% - Sudu Plastik
0.78% - Polisterin
0.78% - Tin Aluminium
0.78% - Kaca
0.78% - Puntung Rokok
0.78% - Tetrapak
0.39% - Mainan Kanak-kanak (Plastik
Rigid)
0.39% - Kotak Rokok
0.39% - Kain Buruk (Fabrik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan