3 September 2013

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH

Selepas menjalankan aktiviti kutipan di SMK Mergong, pihak PPSPPA Kedah bersama-sama vendor bergegas ke SMK Agama Kedah untuk menjalankan program 3R di sana. Hasil kerjasama warga sekolah berkenaan, sebanyak 244.50 kg barangan kitar semula telah dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor. Program pada hari itu disambut dengan meriah oleh warga sekolah dan program diakhiri dengan penyampaian wang tunai sejumlah RM 85.72 kepada warga sekolah yang telah memberikan barangan kitar semula milik mereka.



PROGRAM 3R DI SMK MERGONG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Mergong pada 3 September 2013. 






Sebanyak lebih kurang 301.5 kg barangan kitar semula telah diberikan oleh pihak pengurusan sekolah termasuklah para pelajar dan guru-guru kepada pihak vendor yang terlibat dan sejumlah RM152.37 telah dipulangkan kepada mereka yang telah menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka.

1 September 2013

PROGRAM 3R DI SK SERI GEDONG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK SERI GEDONG

Pihak pengurusan SK Seri Gedong dengan kerjasama daripada pihak PPSPPA Cawangan Sungai Petani dan vendor berhampiran telah mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 1 September 2013 untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran sekolah. Aktiviti murni ini dijalankan juga bertujuan menggalakkan amalan 3R dikalangan pelajar sekolah berkenaan.




Aktiviti yang mengambil masa selama 2 jam ini dijalankan dengan jayanya apabila didapati sebanyak lebih kurang 419 kg kertas terpakai, 332 kg kertas cetakan hitam putih 36 kg botol plastik telah diasingkan dan ditimbang sebelum dijual oleh pihak vendor. Hasilnya, sejumlah RM255.10 telah disumbangkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagih-agihkan kepada warga sekolah yang membawa barangan kitar semula milik mereka.