30 April 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH


Setelah hampir 4 bulan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di kalangan warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, kini stor atau pusat penyimpanan barangan kitar semula Ibu Pejabat telahpun penuh dan perlu dibersih dan dikosongkan. Oleh yang demikian, pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd telah dimaklumkan untuk membuat aktiviti kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat PPSPPA pada 30 April 2012. 


Antara warga kerja yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti tersebut ialah En. Khairul Azmi Bin Mohd Yunus, Raja Mohd Radzi Bin Raja Abd Jalil, Zari Hamdi B. HashimIntan Diana Bt. Abu Bakar, Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen, Wan Nor Ilza Binti Wan Mohd Yatim,Hasyir Bin Harun, Rusdi Bin Shamsudin, dan Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman. 


Menurut En Pissal Bin Abu, jumlah kutipan pada hari tersebut setelah ditimbang adalah sebanyak 573.50 kg bersamaan dengan RM197.25. Kerjasama yang telah ditunjukkan pada hari tersebut oleh pihak warga kerja PPSPPA dan juga pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih. Tidak lupa juga, pada hari tersebut merupakan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat PPSPPA yang terakhir buat En Pissal Bin Abu oleh kerana persaraannya daripada perkhidmatan pada 3 Mei 2012.



29 April 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI PASARAYA GIANT HYPERMARKET, SUNGAI PETANI


Pada 29 April 2012, pukul 1.00 pm - 6.00 pm, program kitar semula melalui Drive Thru yang kedua bagi bulan April telah dijalankan di hadapan Pasaraya Giant Hypermarket, Sg Petani. Kutipan untuk program Drive-Thru ini bagi keseluruhan bulan April 2012 adalah sebanyak 280 kg bersamaan dengan RM 86.00 kesemuanya. Antara wakil PPSPPA Negeri Kedah ialah Naimah Mohd Noor dan Muhamad Fadzley Bin Yaakop daripada Pejabat Cawangan PPSPPA Sg Petani serta Mohd Azrul Bin Azmi dan Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman daripada Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar. 

Antara wakil daripada vendor Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. ialah En Lan dan rakan-rakan. Antara penyediaan mesin penimbang dan lori, kerusi dan meja urusetia juga disediakan. 







26 April 2012

PROGRAM 3R DI GURUN, KEDAH

PAMERAN PENGHASILAN BAJA ORGANIK DAN COMPOST CHANG DARIPADA KAEDAH  PENGKOMPOSAN TEKNIK TAKAKURA DI HOMESTAY KG SUNGAI BADAK, GURUN


Pihak pengurusan Homestay Kg Sg Badak, Gurun, Kedah sekali lagi menjemput pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah untuk terlibat dalam pameran perdana di hadapan Tabika KEMAS kampung tersebut pada 26 April 2012, pukul 11.00 pagi - 4.30 petang sempena dengan hari penilaian pertandingan kampung-kampung yang disertai oleh Kampung Sg Badak. Pihak PPSPPA diminta untuk membuka 1 booth untuk menjalankan pameran Penghasilan Baja Organik dan Compost Chang daripada kaedah Pengkomposan Teknik Takakura seperti yang telah diajar dan diberi demonstrasi kepada orang kampung pada 22 Februari 2012 lalu. 







Antara wakil PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, Pn Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen dan En. Zari Hamdi B. Hashim. Selain, pameran pihak PPSPPA, pameran canting dan lain-lain turut terlibat untuk mempromosikan produk keluaran orang kampung tersebut. 








25 April 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN ALOR MALAI, ALOR SETAR

Pada 25 April 2012, pukul 9.00 pagi, satu ceramah berkenaan Program Bank Kitar Semula diadakan di Tabika Perpaduan Alor Malai, Alor Setar dan diikuti dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula. Sebagai permulaan, pihak PPSPPA Negeri Kedah iaitu En. Mohd Azrul Bin Azmi memberikan ceramah mengenai pengenalan PPSPPA dan program 3R yang telah dijalankan oleh pihak Perbadanan dan akan dijalankan di tabika tersebut. Selain itu, taklimat ringkas berkenaan dengan  pengenalan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd turut disampaikan oleh En. Pissal Bin Abu.










Sejurus selepas ceramah dan taklimat disampaikan, maka aktiviti kutipan barangan kitar semula pun bermula. Antara wakil PPSPPA yang membantu ialah En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman dan En Mohd Fazli Bin Janna serta wakil Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd iaitu Pak Hamid dan rakan-rakan. Hasil kutipan barangan kitar semula pada hari tersebut ialah sebanyak lebih 87 kg bersamaan dengan RM 43.75 telah diberikan kepada setiap murid sekolah. Selebihnya diberikan kepada pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa yang datang memberikan komitmen serta kerjasama mengumpul dan mengasingkan barangan kitar semula daripada rumah.