29 April 2013

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH WARGA KERJA IBU PEJABAT PPSPPA KEDAH







Pada 29 April 2013, satu program 3R iaitu aktiviti penjualan barangan kitar semula telah dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah. Penjualan barangan kitar semula ini adalah kesinambungan daripada pengumpulan barangan tersebut selama sebulan oleh setiap warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Hasilnya sebanyak 54 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual kepada pihak vendor berhampiran.

18 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK MERGONG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG








Warga pelajar dan guru bagi Pendidikan Khas telah menjalankan program 3R pada 18 April 2013 untuk menabung dana Pendidikan Khas SMK Mergong. Kali ini, sebanyak 7.5 kg barangan kitar semula yang dikumpul oleh para pelajar dan berjaya dijual sejumlah RM 10.00 lebih dan dimasukkan ke dalam tabung Pendidikan Khas sekolah berkenaan.

PROGRAM 3R DI TAMAN TERATAI JINGGA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN TERATAI JINGGA, ALOR SETAR

Komuniti Taman Teratai Jingga, Alor Setar yang telah memulakan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah sejak tahun lalu telah memulakan kempen kutipan barangan kitar semula pada tahun ini iaitu pada 18 April 2013. Lebih kurang 16.5 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip di komuniti taman tersebut bagi membersihkan kawasan sekitar taman perumahan ini. Sejumlah RM11.55 telah diberikan kepada penduduk taman berkenaan.






PROGRAM 3R BERSAMA KOMUNITI TAMAN CHENGAL

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH KOMUNITI TAMAN CHENGAL, ALOR SETAR

Penduduk kawasan Taman Chengal juga turut serta dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah dalam memastikan kebersihan alam sekitar kawasan perumahan mereka terjamin. Pada 18 April 2013, En Najid sekeluarga yang merupakan antara warga komuniti Taman Chengal telah berkunjung ke Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.





Sebanyak 11.70 kg barangan kitar semula yang telah ditimbang dan sejumlah RM4.00 lebih telah diberikan kepada mereka. Terima kasih diucapkan.

15 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI PEMANTAUAN AMALAN RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK AGAMA KEDAH

Amalan rawatan sisa organik menggunakan kaedah Pengkomposan Takakura di kalangan warga sekolah SMK Agama Kedah telah dipantau oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada setiap bulan untuk melihat keberkesanan penghasilan baja organik disamping amalan pengurangan amalan pembuangan sisa makanan di kalangan warga sekolah khususnya para pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan. Selepas ceramah perdana mengenai pengurangan sisa makanan yang telah disampaikan oleh Jurutera PPSPPA Kedah, En Khairul Azmi Mohd Yunus pada 6 Februari dan taklimat ringkas mengenai kaedah penghasilan baja kompos daripada sisa makanan oleh Pegawai Kitar Semula PPSPPA Kedah, En Mohd Azrul Azmi pada 13 Mac, warga sekolah berkenaan terutama ahli kelab Alam Sekitar telah menyediakan hampir 50 set Compost Chang sebagai menyokong kempen yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA dan sekolah. Pada 15 April 2013, satu aktiviti pemantauan oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah dijalankan di makmal sekolah tersebut untuk melihat perkembangan amalan pengkomposan ini.












Pemerhatian mendapati terdapat fungus berwarna keputihan terbentuk di atas permukaan seed compost di dalam 5 hingga 6 set Compost Chang yang telah dihasilkan sendiri oleh para pelajar dan sebahagian besar set Compost Chang masih dalam peringkat penyediaan awal. Penyediaan awal yang dimaksudkan ialah peringkat yang mana cecair penapaian garam dan gula merah sedang diperamkan dalam bilik yang kurang cahaya matahari dan bersuhu bilik selama 3 - 5 hari sedang dijalankan. Kewujudan fungus berwarna putih ini memberi satu kesimpulan awal bahawa pembiakan mikroorganisma telahpun bersedia untuk menghasilkan sedd compost yang berfungsi sebagai pengurai sisa makanan. Sisa makanan yang dijana di sekolah tersebut kebanyakannya daripada kantin sekolah dan asrama pelajar. Aktiviti pemantauan seterusnya akan dijalankan pada bulan hadapan.

14 April 2013

PROGRAM 3R DI SK SERI GEDONG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK SERI GEDONG

Sekali lagi warga kerja PPSPPA Cawangan Sungai Petani telah mengambil inisiatif dengan menjalankan program 3R di SK Seri Gedong, Sungai Petani pada setiap bulan mulai bulan Mac 2013 dan kini pada 14 April 2013. Antara warga kerja PPSPPA yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan aktiviti kutipan, penyediaan buku bank dan pemberian duit hasil jualan di sekolah berkenaan ialah En Muhamad Fadzley Bin Yaakop. 











Sebanyak lebih kurang 56 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip, dikumpul dan diasingkan mengikut jenis dan kategori barangan yang mana penghantara barangan kitar semula adalah secara individu dan secara kelas. Secara keseluruhannya, sejumlah RM15.68 hasil jualan barangan kitar semula telah dikembalikan kepada warga sekolah berkenaan yang menyertai program.

PROGRAM 3R BERSAMA McD

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN MAKANAN SEGERA McD CITY PLAZA





Staf-staf restoran makanan segera McD, City Plaza telah menghantar barangan kitar semula hasil buangan restoran tersebut ke Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada 14 dan 21 April 2013 untuk dijual. Sebanyak 160 kg lebih kotak-kotak terpakai telah dihantar oleh mereka dan hasil jualan sebanyak RM45.00 lebih telah diberikan kepada para pekerja restoran berkenaan.

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN

Pihak pengurusan Wisma Darul Aman telah menjalankan program 3R pada 14 April 2013 iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula bersama-sama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Pada kali ini, penglibatan penjawat-penjawat awam, staf-staf sokongan dan pekerja am dari setiap bahagian dan jabatan di wisma berkenaan sangat menggalakkan. Antara barangan kitar semula yang telah dikutip ialah kertas-kertas rincih, kertas cetakan hitam putih, botol-botol plastik, tin aluminium dan sebagainya. Hasilnya sebanyak 1.2 tan barangan kitar semula yang berjaya dikutip, ditimbang dan dijual kepada pihak vendor yang berdekatan. Ianya bersamaan dengan jumlah hasil jualan sebanyak RM 400.00 lebih. Tahniah dan syabas diucapkan kerana menyokong kempen kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA selama 2 tahun berturut-turut.





PROGRAM 3R DI SMK PEKULA JAYA

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI SMK PEKULA JAYA

Satu program 3R telah dijalankan di SMK Pekula Jaya, Sungai Petani pada 14 April 2013. Pengisian program berkenaan ialah aktiviti ceramah Program Bank Kitar Semula oleh PPSPPA Kedah cawangan Sungai Petani yang diwakili oleh Pengurus Cawangan Sungai Petani, Pn Noorasikin Binti Mohamad. Laporan program 3R ini telah disediakan oleh En Muhamad Fadzley Bin Yaakop. Penerimaan warga sekolah terhadap kempen 3R anjuran PPSPPA Kedah ini adalah sangat menggalakkan yang mana sekiranya mereka memulakan kempen ini pada bulan hadapan, sekolah ini adalah merupakan sekolah pertama di Sungai Petani. Selain ceramah berkaitan dengan program Bank Kitar Semula, Pn Noorasikin juga menyelitkan ceramah berkenaan dengan Program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Ternyata, pihak pengurusan sekolah terutama murid-murid sangat meminati program pengkomposan tersebut dan ingin mengurangkan sisa makanan daripada terjana untuk dijadikan baja organik.







11 April 2013

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN DAN PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA KEDAH

Seperti biasa, apabila stor kitar semula yang terletak di Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah dipenuhi dengan barangan kitar semula, tibalah masanya untuk menjual semua sisa pepejal tersebut. Oleh itu, pada 11 April 2013, pihak vendor telah dipohon untuk menguruskan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat PPSPPA Kedah.
Sebanyak lebih kurang 300 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan diasingkan mengikut jenis. Sejumlah RM 138.90 telah diterima daripada hasil penjualan barangan kitar semula tersebut.