AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN MAKANAN SEGERA McD, CITY PLAZA
Staf-staf restoran makanan segera McD, City Plaza
tidak putus-putus menghantar barangan kitar semula milik mereka ke
Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk
sesi penjualan pada setiap minggu. Kegiatan berfaedah staf-staf
restoran berkenaan menunjukkan bahawa kesedaran untuk membersihkan
restoran mereka amat tinggi dan sokongan mereka terhadap amalan 3R
sangat menggalakkan.
Oleh yang demikian, pada 10 hingga 11 April 2013,
staf-staf restoran tersebut sekali lagi menjual kotak-kotak makanan yang
tidak digunakan kepada pihak PPSPPA untuk dijual pula kepada pihak
vendor dengan objektif pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan.
Hasilnya, sebanyak hampir 146 kg barangan kitar semula telah dihantar
oleh mereka dan berjaya ditimbang oleh pihak PPSPPA Kedah dan sejumlah
RM 40.00 lebih telah diberikan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan