10 April 2013

PROGRAM 3R DI MASJID AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOPERASI MASJID AMAN, KUALA KEDAH

Koperasi Masjid Aman yang terletak di perkarangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar merupakan antara komuniti yang berminat untuk menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA pada bulan April 2013. Aktiviti kutipan barangan kitar semula yang telah dijalankan pada 10 April 2013 bersama pihak vendor yang dilantik bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar masjid dan beramal kepada pihak koperasi masjid berkenaan. Sebanyak 59 kg kotak-kotak terpakai yang telah dikutip dan ditimbang oleh pihak PPSPPA dan sejumlah RM16.52 telah dipulangkan oleh pihak vendor kepada pihak pengurusan koperasi masjid berkenaan.





Tiada ulasan: