10 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK HUTAN KAMPUNG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK HUTAN KAMPUNG








Program 3R di SMK Hutan Kampung diteruskan lagi pada 10 April selepas program yang sama dijalankan pada bulan lepas. Program yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah berkaitan bersama-sama pihak PPSPPA Kedah dan vendor yang dilantik. Hasil aktiviti tersebut ialah sebanyak 423.50 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak dan surat khabar terpakai serta botol-botol plastik yang dibawa oleh para pelajar dan guru yang terlibat. Sejumlah RM145.77 hasil jualan barangan kitar semula yang disampaikan oleh pihak vendor tersebut. Syabas kepada guru-guru dan pelajar yang aktif dalam mengendalikan aktiviti ini.

Tiada ulasan: