3 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK SIMPANG KUALA

AKTIVITI CERAMAH BANK KITAR SEMULA DAN RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK SIMPANG KUALA, ALOR SETAR

Para pelajar subjek Pendidikan Moral, SMK Simpang Kuala sangat berminat untuk mempelajari ilmu berkaitan 3R dan guru mata pelajaran berkenaan telah menghubungi Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Sehubungan itu, pada 3 April 2013, satu ceramah ringkas berkaitan dengan program Bank Kitar Semula dan juga program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura telah diberikan kepada para pelajar berkenaan.







Sejurus tamat ceramah berkaitan, semua pelajar subjek berkenaan amat bersemangat untuk memulakan program 3R anjuran PPSPPA Kedah ini. Aktiviti kutipan barangan kitar semula mungkin menjadi aktiviti major sekolah berkenaan untuk tujuan pembersihan kawasan sekitar sekolah. Selain itu, aktiviti pengkomposan juga akan dijalankan di sekolah berkenaan untuk mengurangkan pembuangan sisa makanan dan seterusnya menghasilkan baja organik untuk tujuan lanskap sekolah. Oleh yang demikian, pihak PPSPPA Kedah telah menyumbangkan beberapa poster kempen 3R dan sebuah set Compost Chang atau Compost Kit untuk diimplementasikan oleh warga sekolah berkenaan.


Tiada ulasan: