30 November 2012

PROGRAM 3R DI POKOK SENA

AKTIVITI KESEDARAN AWAM DI SEKITAR TAMAN BANDAR BAHARU, POKOK SENA









Buat pertama kalinya, program berbentuk kesedaran awam mengenai kebersihan, talian aduan sisa dan program 3R dijalankan di Taman Bandar Baharu, Pokok Sena pada 30 November 2012. Aktiviti ini diselitkan dalam satu majlis yang diberi nama Majlis Bubur As-Syura yang diusahakan oleh masyarakat setempat dan penduduk taman serta kampung berhampiran. Aktiviti kesedaran awam ini juga telah dicadangkan untuk dibawa masuk ke dalam Majlis Bubur As-Syura ini oleh ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan kebersihan persekitaran, Talian Aduan Sisa dan program 3R yang mengkhususkan kepada amalan kitar semula. Penganjuran majlis ini juga merupakan satu slot untuk pihak PPSPPA Negeri Kedah bersama masyarakat Pokok Sena. Antara VIP yang merasmikan majlis ialah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ADUN Bukit Lada yang juga berperanan sebagai penceramah tazkirah semasa pertengahan majlis. Wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi selaku Pegawai Kitar Semula dan Kesedaran Awam, En Saiful Redzuan Bin Yusoff selaku Pegawai Penguatkuasa Kedah (Pengurus Cawangan Alor Setar dan Padang Terap), dan En Khairul Azmi Bin Mohd Yunus selaku Jurutera Negeri Kedah menyerikan majlis berkenaan. Ahli MBAS yang turut hadir ialah Tn Hj Umar Bin Awang selaku Pengerusi majlis berkenaan. Tidak lupa juga kepada semua penduduk sekitar yang hadir terutama Pengerusi Penduduk Taman Bandar Baharu, En Shahrulruddin Bin Musa dan pihak MKK Kampung Aman. 



Antara pengisian majlis tersebut ialah ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, taklimat ringkas mengenai PPSPPA Negeri Kedah dan program kitar semula oleh En Mohd Azrul Bin Azmi, taklimat mengenai kebersihan dan talian aduan sisa oleh Khairul Azmi Bin Mohd Yunus dan taklimat mengenai tong sampah, jadual pembersihan dan sesi soal jawab aduan sampah oleh En Saiful Redzuan Bin Yusoff. Selain itu, tazkirah mengenai kebersihan dan tanggungjawab menjaga amalan Islam turut disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat. Majlis berkenaan juga diserikan dengan jamuan makan bubur As-Syura e, pemberian kalendar 2013 dan pemberian risalah mengenai info 3R dan cara pembuangan sampah yang betul oleh pihak PPSPPA.

29 November 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI AMPANG, KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI AMPANG 

Walaupun pada musim cuti sekolah dan peperiksaan SPM, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang yang merupakan sekolah paling aktif menjalankan program Bank Kitar Semula anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah tetap menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 29 November 2012 bagi menyokong kempen 3R yang dianjurkan oleh PPSPPA. Dengan kerjasama pihak vendor berhampiran, sebanyak 400 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya dikumpul, diasing dan ditimbangkan.









25 November 2012

PROGRAM 3R DI DEWAN DATO SYED OMAR, ALOR SETAR

BERSUKAN SAMBIL MENGITAR SEMULA

Sebagai menyokong amalan 3R di kalangan warga kerja PPSPPA Negeri Kedah, satu pertandingan Badminton telah diadakan pada 25 November 2012 yang dinamakan sebagai Kejohanan Badminton Piala Pusingan Pegawai 3R Negeri Kedah. Acara tersebut buat pertama kalinya diadakan secara peringkat dalaman dan dikhaskan untuk warga kerja dalaman PPSPPA Negeri Kedah sahaja, mendapat sambutan yang positif di kalangan mereka. Kejohanan ini yang dianjurkan oleh Pegawai 3R Negeri Kedah, En Mohd Azrul Bin Azmi diadakan secara kecil-kecilan dengan tujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengamalkan kitar semula botol-botol plastik yang digunakan sebagai minuman selepas bersukan. Aktiviti ini juga turut disertai oleh warga kerja daripada setiap pejabat cawangan PPSPPA Negeri Kedah iaitu pejabat cawangan Kubang Pasu, Guar Chempedak, dan Alor Setar sebagai mewakili zon PPSPPA Kedah Utara manakala pejabat cawangan Sik, Sungai Petani, dan Kulim mewakili zon PPSPPA Kedah Selatan. Acara yang dipertandingkan ialah perlawanan badminton beregu lelaki antara PPSPPA Kedah Zon Utara melawan Zon Selatan. Sebagai salah satu program 3R yang dianjurkan, aktiviti yang bertempat di Dewan Dato' Syed Omar, Alor Setar ini merupakan antara gelanggang terbaik di zon utara. Antara hadiah yang dipertandingkan ialah sebuah trofi atau piala pusingan.


















Alhamdulillah, PPSPPA Kedah Zon Utara telah memenangi perlawanan berkenaan dengan agregat 5-2. Insyaallah, perlawanan pusingan ke-2 akan diadakan pada akhir bulan Februari 2013. Dengan pelaksanaan aktiviti sukan ini, bukan saja mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja PPSPPA Kedah, malah meningkatkan amalan kitar semula di kalangan mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang sudi hadir dari jauh untuk menyokong kempen ini dan memberikan komitmen penuh dalam acara sukan badminton. Semoga aktiviti ini dijalankan secara berterusan dan boleh dijadikan pencetus semangat dan persediaan menghadapi Karnival Sukan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.




22 November 2012

PROGRAM 3R DI SEKITAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM ROAD TOUR JOM! KITAR SEMULA DI SEKITAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Pada 22 sehingga 23 November 2012, pihak PPSPPA Negeri Kedah telah mengadakan aktiviti berkonvoi sempena Program Road Tour Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012. Program berkenaan disertai oleh seratus-peratus warga kerja PPSPPA Negeri Kedah terutamanya warga kerja Ibu Pejabat Alor Setar. Sepanjang aktiviti tersebut, sebanyak 4 hingga 5 buah kenderaan pacuan 4 roda disediakan untuk kemudahan warga kerja menjalankan program berkaitan. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan PPSPPA kepada masyarakat negeri Kedah seterusnya berkempen mengenai kepentingan amalan kitar semula. Pada kali ini, acara tahunan tersebut membuat persinggahan di tempat-tempat menarik di sekitar Kubang Pasu, Baling, Sik, Kulim dan juga Sungai Petani.

Aktiviti di Kubang Pasu: Persinggahan di Majlis Daerah Kubang Pasu








Aktiviti di Sik: Persinggahan di Majlis Daerah Sik





Aktiviti di Baling: Persinggahan di Pekan Baling







Aktiviti di Kulim: Persinggahan di Pasar Malam Kilang Lama, Kulim





Aktiviti di Kulim: Persinggahan di Pasar Pusat Bandar Kulim









Aktiviti di Padang Serai: Persinggahan di Pasar Padang Serai






Aktiviti di Sungai Petani: Persinggahan di Amanjaya Mall, Sungai Petani