30 November 2012

PROGRAM 3R DI POKOK SENA

AKTIVITI KESEDARAN AWAM DI SEKITAR TAMAN BANDAR BAHARU, POKOK SENA









Buat pertama kalinya, program berbentuk kesedaran awam mengenai kebersihan, talian aduan sisa dan program 3R dijalankan di Taman Bandar Baharu, Pokok Sena pada 30 November 2012. Aktiviti ini diselitkan dalam satu majlis yang diberi nama Majlis Bubur As-Syura yang diusahakan oleh masyarakat setempat dan penduduk taman serta kampung berhampiran. Aktiviti kesedaran awam ini juga telah dicadangkan untuk dibawa masuk ke dalam Majlis Bubur As-Syura ini oleh ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan kebersihan persekitaran, Talian Aduan Sisa dan program 3R yang mengkhususkan kepada amalan kitar semula. Penganjuran majlis ini juga merupakan satu slot untuk pihak PPSPPA Negeri Kedah bersama masyarakat Pokok Sena. Antara VIP yang merasmikan majlis ialah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ADUN Bukit Lada yang juga berperanan sebagai penceramah tazkirah semasa pertengahan majlis. Wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi selaku Pegawai Kitar Semula dan Kesedaran Awam, En Saiful Redzuan Bin Yusoff selaku Pegawai Penguatkuasa Kedah (Pengurus Cawangan Alor Setar dan Padang Terap), dan En Khairul Azmi Bin Mohd Yunus selaku Jurutera Negeri Kedah menyerikan majlis berkenaan. Ahli MBAS yang turut hadir ialah Tn Hj Umar Bin Awang selaku Pengerusi majlis berkenaan. Tidak lupa juga kepada semua penduduk sekitar yang hadir terutama Pengerusi Penduduk Taman Bandar Baharu, En Shahrulruddin Bin Musa dan pihak MKK Kampung Aman. 



Antara pengisian majlis tersebut ialah ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, taklimat ringkas mengenai PPSPPA Negeri Kedah dan program kitar semula oleh En Mohd Azrul Bin Azmi, taklimat mengenai kebersihan dan talian aduan sisa oleh Khairul Azmi Bin Mohd Yunus dan taklimat mengenai tong sampah, jadual pembersihan dan sesi soal jawab aduan sampah oleh En Saiful Redzuan Bin Yusoff. Selain itu, tazkirah mengenai kebersihan dan tanggungjawab menjaga amalan Islam turut disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat. Majlis berkenaan juga diserikan dengan jamuan makan bubur As-Syura e, pemberian kalendar 2013 dan pemberian risalah mengenai info 3R dan cara pembuangan sampah yang betul oleh pihak PPSPPA.

Tiada ulasan: