1 November 2012

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITARS SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH

Selepas penglibatan sekolah ini dalam program Sedetik Habitat MBR 2012 pada bulan September 2012, kini pada 1 November 2012, SMK Agama Kedah bergiat aktif dengan mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula dengan kerjasama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah dan vendor berhampiran. Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Kali ini, sebanyak 2 tan lebih kutipan barangan lusuh yang dijalankan sempena minggu-minggu terakhir persekolahan dan melibatkan hampir semua pelajar sekolah berkenaan. Sejumlah RM 800.00 lebih wang hasil jualan barangan kitar semula tersebut yang akan diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang terlibat.









Tiada ulasan: