3 November 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN MERBAU, SUNGAI PETANI

AKTIVITI PAMERAN PPSPPA, PROGRAM 3R ANJURAN PPSPPA DAN PROMOSI LARIAN DI TAMAN MERBAU, SUNGAI PETANI

Pada 3 November 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang diketuai dan diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi telah turut serta dalam pameran PPSPPA dan promosi program 3R anjuran PPSPPA di Taman Merbau, Sungai Petani sempena dengan pelancaran perasmian KRT taman berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti memperkenalkan PPSPPA, mempromosikan program 3R anjuran PPSPPA Kedah, dan mempromosikan program Larian Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012. Seramai lebih 40 orang penduduk taman berkenaan yang berminat  untuk menyertai program larian anjuran PPSPPA tersebut yang akan dijalankan pada 17 November 2012 nanti. Sebagai penarik perhatian, beg-beg kitar semula telah diberikan kepada para peserta yang mengisi borang larian.







Tiada ulasan: