6 November 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

Aktiviti penjualan barangan  kitar semula dijalankan sekali lagi setelah sebulan mengumpul dan menyimpan barangan kitar semula di stor barangan kitar semula, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar. Aktiviti yang berlangsung pada 6 Oktober 2012 telah diketuai oleh En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam dan dibantu oleh pihak vendor berhampiran.






Sebanyak 600 kg lebih barangan kitar semula telah berjaya dijual dengan kutipan sejumlah lebih kurang RM 200.00 yang diperoleh. Hal ini berikutan dengan penurunan harga barangan kitar semula terutama sekali kertas warna, kadbod dan surat khabar yang mendadak.

Tiada ulasan: