1 November 2012

PROGRAM 3R DI 7 ELEVEN DAN CITY PLAZA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KEDAI 7 ELEVEN DAN KOMUNITI KOMPLEKS CITY PLAZA

Pada awal bulan November 2012, pihak staf-staf kedai serbaguna 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim telah menjalankan aktiviti penjualan barangan kitar semula dengan kerjasama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Sebanyak 47 kg lebih barangan kitar semula yang terkumpul dan diasingkan iaitu seperti kotak dan botol-botol plastik bersamaan dengan sejumlah RM 14.50 telah diberikan kepada pihak kedai tersebut.


Selain itu, aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru turut dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah di sekitar komuniti Kompleks Membeli-belah City Plaza pada hari yang sama, yang mana pihak Pengawal Keselamatan kompleks berkenaan telah terlibat. Sebanyak 240 kg lebih kotak terpakai telah dikutip. Sejumlah RM 60.00 lebih telah dibawa pulang oleh pihak yang berkenaan. Pihak PPSPPA Negeri Kedah amat bersyukur kerana amalan 3R dan kitar semula khususnya telah berjaya diserap di kalangan komuniti kompleks berkenaan.


Tiada ulasan: