21 November 2012

PROGRAM 3R DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA, ALOR SETAR




Pada 21 November 2012, staf-staf syarikat pembersihan kompleks membeli-belah City Plaza, Alor Setar dan juga komuniti pengawal keselamatan kompleks berkenaan sama-sama mengadakan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula untuk dijual kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah menjalankan aktiviti berkenaan sebagai satu Drive-Thru untuk menyokong tindakan pihak-pihak berkaitan dan menjual barangan tersebut kepada vendor terdekat. Sebanyak 30 kg lebih kotak-kotak dan botol-botol plastik terpakai yang telah dijual oleh mereka kepada vendor. Syabas dan terima kasih diucapkan.

Tiada ulasan: