8 November 2012

PROGRAM 3R DI SMK CONVENT ALOR SETAR, KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK CONVENT, ALOR SETAR








Belum sampai 4 hari menjalankan program 3R, pada 8 November 2012, SMK Convent sekali lagi menjalankan program yang sama iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk membantu menjana wang kutipan untuk membangunkan surau sekolah berkenaan. Aktiviti yang mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi dan juga pihak vendor berhampiran, berjaya memastikan barangan kitar semula yang disumbangkan oleh pihak murid, guru dan warga sekolah yang lain berjaya disempurnakan. Walaupun pada musim Peperiksaan SPM, aktiviti dijalankan secara teliti, senyap dan tidak mengganggu konsentrasi para pelajar yang sedang menjalani peperiksaan berkenaan. Sebanyak 612 kg kotak, surat khabar dan kertas-kertas warna yang dikumpul dan ditimbang serta sebanyak 137 kg kertas cetakan hitam putih yang berjaya diasingkan. Hasilnya sejumlah RM 200.00 lebih jualan barangan kitar semula yang diperolehi pihak sekolah untuk membantu menambah dana untuk membangunkan surau sekolah berkenaan.

Tiada ulasan: