AKTIVITI KEMPEN KESEDARAN AWAM DAN KITAR SEMULA DI PASAR PAGI POKOK SENA, KEDAH
Pada 10 November 2012, warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar, Kedah terlibat dengan satu aktiviti kesedaran awam dan kempen amalan 3R iaitu kitar semula khususnya di sepanjang Pasar Pagi, Pokok Sena. Aktiviti yang dirancang oleh Ahli Majlis dan AJK kawasan berkenaan dilaksanakan dengan sempurna yang mana satu ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas diberikan sebelum bermula. Kemudian, para peserta bersama-sama berjalan di sepanjang pasar pagi tersebut sambil memberikan risalah berkenaan dengan langkah atau kaedah pembuangan sampah yang betul dan berkesan supaya tidak berlaku kekotoran yang diakibatkan oleh pembuangan sampah merata-rata. Pihak warga PPSPPA yang diwakili oleh En Saiful Redzuan, Pegawai Penguatkuasa Alor Setar dan pembantu beliau, En Najid Sharani juga turun padang memberikan risalah berkaitan dengan kaedah tersebut serta penerangan ringkas kepada penjaja dan pengunjung pasar pagi. Penerangan dan risalah mengenai amalan kitar semula pula disampaikan oleh Pegawai 3R, En Mohd Azrul Bin Azmi. Selain itu, beg-beg plastik juga diberikan kepada penjaja dan para pengunjung pasar pagi tersebut untuk memudahkan mereka membuang sampah serta mengasingkan sisa pepejal. Hal ini akan mengurangkan kadar pembuangan sampah merata-rata.
Dengan kekerapan penganjuran kempen kaedah pembuangan sampah yang betul serta amalan kitar semula ini akan meningkatkan kesedaran awam di kalangan masyarakat serta mengurangkan pembuangan sampah di tempat-tempat awam secara berleluasa. Diharap kempen ini juga dapat meningkatkan kadar kitar semula di kalangan orang ramai yang mana kekurangan kadar pembuangan sampah akan memberi kesan peningkatan jangka hayat tapak pelupusan sampah yang semakin uzur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan