31 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SECRET RECIPE ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SECRET RECIPE

Pada 31 Oktober 2012, aktiviti kutipan barangan kitar semula turut dijalankan secara Drive-Thru di Restoran Makanan Segera Secret Recipe, Kompleks Membeli-belah City Plaza. Aktiviti penjualan barangan kitar semula ini melibatkan staf-staf restoran berkenaan dan warga kerja daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah.





Sebanyak 30 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya dikumpul dan dijual oleh staf-staf restoran berkenaan menjadikan hasil jualan yang dibawa pulang oleh mereka ialah sejumlah RM 9.30. Terima kasih diucapkan.

PROGRAM 3R DI SMK SERI AMPANG DAN SMK LANGGAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI AMPANG DAN SMK LANGGAR





Pada akhir bulan Oktober, 31 aribulan, terdapat 2 sekolah telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula serentak sempena minggu-minggu terakhir persekolahan. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Langgar dan SMK Seri Ampang yang merupakan antara sekolah paling aktif dalam menjalankan kempen 3R anjuran pihak PPSPPA.







Kutipan di SMK Seri Ampang adalah sebanyak 400 kg lebih bersamaan dengan RM 135.00 lebih hasil jualan barangan kitar semula yang terkumpul dan diasingkan manakala di SMK Langgar pula sebanyak 1700 kg lebih bersamaan dengan RM 600.00 lebih telah ditimbang dan dijual kepada vendor berhampiran. Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. 

24 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SK PEDU

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PEDU

Setelah setahun program 3R tidak berjalan aktif di SK Pedu, kini buat pertama kalinya pada 24 Oktober 2012, sekolah terbabit memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk memulakan program berkenaan. Permohonan tersebut juga diselangi dengan pameran dan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah dan juga dengan kerjasama Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diyana Bt Abu Bakar dengan kerjasama vendor berhampiran membantu dari segi aktiviti kutipan barangan kitar semula manakala Pn Shazriza dan dua anggota Penguatkuasa Padang Terap menumpukan aktiviti gotong-royong di sekolah berkenaan. 









Pada hari tersebut, sebanyak 866 kg kertas dan kotak terpakai, 44.5 kg botol-botol plastik, 135.5 kg kertas putih, 4 kg tin-tin susu, dan 2 kg tin aluminium telah diperolehi daripada warga sekolah yang terdiri daripada murid-murid, para guru dan staf-staf sokongan. Tidak lupa juga sumbangan daripada pihak kantin, persatuan-persatuan dan kelab-kelab sekolah dan badan PIBG yang menyokong perjalanan aktiviti berkaitan. Terima kasih diucapkan. Hasilnya, sebanyak RM 300.00 lebih wang tunai yang dipulangkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada penyumbang barangan lusuh yang terlibat.

23 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI TABIKA-TABIKA KEMAS DI KULIM

AKTIVITI PEMBERIAN KAIN RENTANG DAN ALAT PENIMBANG SERTA AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA-TABIKA KEMAS TERPILIH DI KULIM

Setelah pencapaian yang memberangsangkan oleh aktiviti kutipan barangan lusuh yang aktif di kalangan 5  tabika KEMAS terpilih di daerah Kulim, pihak PPSPPA Negeri Kedah telah memberikan sumbangan kain rentang dan alat penimbang sukatan 50 kg untuk mempromosi dan menarik lagi perhatian umum untuk meningkatkan amalan 3R iaitu kitar semula secara proaktif. Hal ini berikutan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula oleh warga PPSPPA cawangan Kulim dengan kerjasama vendor berhampiran serta guru-guru tabika dan murid-murid yang berminat dengan program anjuran PPSPPA Negeri Kedah ini. Oleh itu, pada 23 Oktober 2012, sebanyak 1 kain rentang dan sebuah alat penimbang disumbangkan kepada setiap sekolah tabika berkaitan.






Antara sekolah Tabika KEMAS yang menerima sumbangan murni berkenaan ialah Tabika KEMAS Kg Syed Sheh, Tabika KEMAS Sg Ular, Tabika KEMAS Kg Padang Tembak, Tabika KEMAS Kg Tunku Putra, dan Tabika KEMAS PGA 1 & 2. Susulan pemberian alat penimbang dan kain rentang di setiap tabika tersebut, maka aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan dengan lebih mudah dan cepat. 






Sebanyak 250 kg lebih jumlah keseluruhan barangan kitar semula yang berjaya dikumpul, diasing, ditimbang, dan dikutip di semua tabika terbabit dan hasil jualan barangan kitar semula sejumlah RM 110.00 lebih   terjana sepanjang aktiviti tersebut. Syabas diucapkan kepada pihak PPSPPA Cawangan Kulim kerana berjaya menarik perhatian warga sekolah tabika berkenaan untuk mengamalkan kitar semula.

22 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH PIHAK MBAS

Pada 22 Oktober 2012, wakil daripada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar, En Mohd Zaidi daripada tingkat 7 telah menghantar sebanyak 25 kg lebih barangan kitar semula kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk dijual. Oleh sebab tindakan beliau yang menyokong kempen 3R yang diperjuangkan oleh PPSPPA Negeri Kedah, beliau telah diberikan hasil jualan sejumlah RM 6.00 lebih. Syabas diucapkan kepada En Mohd Zaidi.





PROGRAM 3R DI MASJID AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI MASJID AMAN, ALOR SETAR




Seperti biasa, dengan kerjasama Koperasi Masjid Aman, Alor Setar dan vendor berhampiran, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah berjaya mengekalkan kutipan berjadual pada setiap bulan di Masjid Aman. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Zari Hamdi Bin Hashim. Kali ini, pada 22 Oktober 2012, sebanyak 58 kg lebih barangan kitar semula telah dikutip dan ditimbang serta dijual dengan jayanya bersamaan sejumlah RM 19.00 lebih telah diberikan kepada koperasi masjid berkenaan. Aktiviti ini juga telah menarik pengunjung-pengunjung masjid berkenaan untuk beramal jariah dengan memberikan barangan kitar semula milik mereka.

21 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH

Apabila stor barangan kitar semula Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah dipenuhi dengan barangan kitar semula, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam pun menelefon vendor berhampiran untuk menjalankan sesi penjualan barangan tersebut. Aktiviti tersebut dijalankan berikutan dengan aktiviti kutipan berterusan yang dijalankan oleh bahagian berkenaan pada setiap minggu di kalangan warga kerja dan kutipan secara Drive Thru di sekitar Kompleks Membeli-belah City Plaza. Oleh itu pada 21 Oktober 2012, sebanyak 2 tan lebih barangan kitar semula yang dikeluarkan daripada stor tersebut dan dijual kepada vendor berkaitan untuk dikitar semula.







Sejumlah RM 580.00 lebih kutipan yang dikumpul untuk kertas dan kotak, RM 80.00 lebih untuk tin aluminium, RM 13.00 lebih kertas putih, RM 60.00 lebih untuk botol plastik, RM 53.00 lebih untuk besi, dan RM 3.00 untuk tin-tin susu menjadikan jumlah hasil jualan barangan kitar semula pada hari tersebut sebanyak RM 790.00 lebih.

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN






Seperti biasa, aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di Wisma Darul Aman pada 21 Oktober 2012 oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah dan dibantu oleh pihak vendor berhampiran. Sebanyak 30 kg kertas putih , 570 kg lebih kertas warna, 57 kg botol plastik, 6 kg logam dan sekilogram tin susu telah diasing dan ditimbang menjadikan jumlah sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang terkumpul sebanyak lebih kurang 660 kg pada hari berkenaan. Sejumlah RM 215.76 telah diberikan dan diagihkan kepada staf-staf yang bekerjasama menghantar barangan kitar semula serta bahagian-bahagian yang terlibat.

17 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SMK HUTAN KAMPUNG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK HUTAN KAMPUNG, KEDAH

Selepas kutipan barangan kitar semula terakhir mereka pada 8 Ogos 2012, kali ini pihak pengurusan SMK Hutan Kampung dan para pelajar bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran sekolah mereka sambil mengamalkan amalan 3R khususnya kitar semula pada 17 Oktober 2012. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah tidak ketinggalan membawa khidmat vendor berhampiran untuk menjayakan kempen kitar semula di sekolah berkenaan.






Prestasi amalan 3R dan kesedaran warga sekolah berkenaan semakin meningkat apabila semakin ramai individu yang menghantar barangan kitar semula dan ini membuktikan bahawa, amalan 3R dapat menjana pendapatan masyarakat terutama generasi muda selain membersihkan kawasan sekolah. Malah, kantin dan koperasi sekolah juga turut terlibat dalam menyumbangkan barangan lusuh tersebut. Hasilnya, sebanyak hampir 1 tan barangan kitar semula yang dikutip dan ditimbang oleh pihak vendor.



Sejumlah RM 325.00 hasil jualan barangan kitar semula telah diberikan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada individu yang terlibat dalam program 3R berkaitan. Selain itu, promosi program Larian Jom! Kitar Semula turut dijalankan untuk meningkatkan jum;lah peserta larian tersebut.