23 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI TABIKA-TABIKA KEMAS DI KULIM

AKTIVITI PEMBERIAN KAIN RENTANG DAN ALAT PENIMBANG SERTA AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA-TABIKA KEMAS TERPILIH DI KULIM

Setelah pencapaian yang memberangsangkan oleh aktiviti kutipan barangan lusuh yang aktif di kalangan 5  tabika KEMAS terpilih di daerah Kulim, pihak PPSPPA Negeri Kedah telah memberikan sumbangan kain rentang dan alat penimbang sukatan 50 kg untuk mempromosi dan menarik lagi perhatian umum untuk meningkatkan amalan 3R iaitu kitar semula secara proaktif. Hal ini berikutan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula oleh warga PPSPPA cawangan Kulim dengan kerjasama vendor berhampiran serta guru-guru tabika dan murid-murid yang berminat dengan program anjuran PPSPPA Negeri Kedah ini. Oleh itu, pada 23 Oktober 2012, sebanyak 1 kain rentang dan sebuah alat penimbang disumbangkan kepada setiap sekolah tabika berkaitan.






Antara sekolah Tabika KEMAS yang menerima sumbangan murni berkenaan ialah Tabika KEMAS Kg Syed Sheh, Tabika KEMAS Sg Ular, Tabika KEMAS Kg Padang Tembak, Tabika KEMAS Kg Tunku Putra, dan Tabika KEMAS PGA 1 & 2. Susulan pemberian alat penimbang dan kain rentang di setiap tabika tersebut, maka aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan dengan lebih mudah dan cepat. 






Sebanyak 250 kg lebih jumlah keseluruhan barangan kitar semula yang berjaya dikumpul, diasing, ditimbang, dan dikutip di semua tabika terbabit dan hasil jualan barangan kitar semula sejumlah RM 110.00 lebih   terjana sepanjang aktiviti tersebut. Syabas diucapkan kepada pihak PPSPPA Cawangan Kulim kerana berjaya menarik perhatian warga sekolah tabika berkenaan untuk mengamalkan kitar semula.

Tiada ulasan: