10 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DARIPADA KOMUNITI STAF PEMBERSIHAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA, ALOR SETAR





Sepanjang promosi program Larian Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012 di sekitar lobi Kompleks Membeli-belah City Plaza, Alor Setar, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah juga dipanggil oleh staf-staf pembersihan dan pengawal keselamatan blog tersebut untuk menjalankan aktiviti kutipan komuniti sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen 3R. Pada 10 Oktober 2012, pukul 11.00 pagi, sebanyak lebih 100 kg kotak-kotak terpakai telah dikutip dan sejumlah lebih RM30.00 telah diberikan kepada komuniti-komuniti tersebut. Terima kasih diucapkan kepada En Zari daripada Bahagian Pentadbiran, PPSPPA Negeri Kedah kerana sudi meluangkan masa membantu semasa proses kutipan dijalankan.

Tiada ulasan: