5 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI CITY PLAZA, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI RESTORAN MAKANAN SEGERA SECRET RECIPE DAN KEDAI CERMIN MATA OPTICAL STATION, CITY PLAZA, ALOR SETAR

Pihak pengurusan restoran makanan segera Secret Recipe, City Plaza yang diwakili oleh En Nashriq telah menelefon En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk menjual barangan kitar semula milik kedai tersebut pada 4 Oktober 2012. Oleh yang demikian, pada pukul 5.15 pm, wakil pihak PPSPPA turun ke aras Ground Floor bersama sebuah troli dan sebuah alat penimbang menuju ke restoran tersebut untuk menjalankan kutipan seperti biasa. Kali ini, aktiviti kutipan mencatatkan sebanyak lebih 25 kg barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan sebanyak RM 7.00 lebih telah diberikan kepada En Nashriq.



Sebelum itu, pada pukul 4.45 pm, pihak kedai cermin mata Optical Station telah pun menjalankan program yang sama yang mana sebanyak 11 kg barangan kitar semula seperti kotak dan botol plastik telah dikutip. Sejumlah RM 3.00 lebih telah diberikan kepada pemilik kedai.


Tiada ulasan: