2 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH WARGA KERJA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH

Warga kerja Bahagian Sumber Manusia, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), tingkat 11 telah sepakat mengumpul dan menjual barangan kitar semula milik mereka untuk dijual di Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, Alor Setar pada 2 Oktober 2012. Antara aktiviti yang dijalankan semasa sesi penjualan tersebut ialah pengasingan barangan kitar semula mengikut jenis dan penimbangan barangan tersebut. Sebanyak hampir 50 kg barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan diasingkan mengikut jenis dan sejumlah RM 15.00 telah diberikan kepada warga kerja MBAS berkenaan. Pihak PPSPPA Negeri Kedah berharap agar lebih ramai warga kerja MBAS yang datang menyumbangkan atau menjual barangan kitar semula ini bagi menyokong kempen kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA.



Tiada ulasan: