10 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI KOMPLEKS MEMBELI -BELAH CITY PLAZA, ALOR SETAR

AKTIVITI PROMOSI LARIAN JOM! KITAR SEMULA DAN HABITAT 2012 DI SEKITAR LOBI KOMPLEKS MEMBELI -BELAH CITY PLAZA, ALOR SETAR

Mulai 10 Oktober 2012 sehingga 17 Oktober 2012, pasukan promosi program Larian Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012 akan menjalankan aktiviti mempromosikan program tersebut di beberapa buah kompleks membeli-belah serta institusi-institusi pengajian tinggi. Antara lokasi-lokasi menarik yang dipilih ialah di Kompleks Star Parade, Kolej Universiti Insaniah dan termasuklah Kompleks City Plaza, Alor Setar. Antara pengisian program promosi tersebut termasuklah memperkenalkan PPSPPA Negeri Kedah kepada umum, memperkenalkan program 3R yang dijalankan dan program larian tersebut serta pengisian borang penyertaan. Selain itu, pemberian belon dan beg kitar semula juga dijalankan terutama kepada 20 pengunjung bertuah. 





Ternyata, promosi larian ini telah dikunjungi melebih 50 orang pengunjung dalam 2 jam pertama aktiviti tersebut dijalankan. Hal ini memberikan impak bahawa terdapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengunjung kompleks membeli-belah tersebut terhadap program yang diadakan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Ada juga pengunjung yang semangat membawa barangan kitar semula untuk disumbangkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap program tersebut. Terima kasih diucapkan kepada urusetia-urusetia yang tidak mengenal erti penat melayan karenah para pengunjung yang memberikan beribu-ribu pertanyaan sebagai tanda minat mereka terhadap program berkenaan. Hasilnya, sepanjang 2 hari promosi dijalankan, sebanyak lebih 200 borang penyertaan telah diisi daripada 3 lokasi promosi dan data-data penyertaan akan dimasukkan ke dalam sistem larian kitar semula.

Tiada ulasan: