17 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SMK HUTAN KAMPUNG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK HUTAN KAMPUNG, KEDAH

Selepas kutipan barangan kitar semula terakhir mereka pada 8 Ogos 2012, kali ini pihak pengurusan SMK Hutan Kampung dan para pelajar bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran sekolah mereka sambil mengamalkan amalan 3R khususnya kitar semula pada 17 Oktober 2012. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah tidak ketinggalan membawa khidmat vendor berhampiran untuk menjayakan kempen kitar semula di sekolah berkenaan.






Prestasi amalan 3R dan kesedaran warga sekolah berkenaan semakin meningkat apabila semakin ramai individu yang menghantar barangan kitar semula dan ini membuktikan bahawa, amalan 3R dapat menjana pendapatan masyarakat terutama generasi muda selain membersihkan kawasan sekolah. Malah, kantin dan koperasi sekolah juga turut terlibat dalam menyumbangkan barangan lusuh tersebut. Hasilnya, sebanyak hampir 1 tan barangan kitar semula yang dikutip dan ditimbang oleh pihak vendor.



Sejumlah RM 325.00 hasil jualan barangan kitar semula telah diberikan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada individu yang terlibat dalam program 3R berkaitan. Selain itu, promosi program Larian Jom! Kitar Semula turut dijalankan untuk meningkatkan jum;lah peserta larian tersebut.

Tiada ulasan: