7 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR

Bagi menggalakkan para pelajar dan warga sekolah di negeri Kedah untuk aktif dalam pengamalan kitar semula, pihak PPSPPA Negeri Kedah akan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula lebih kerap di sekolah-sekolah yang berminat dengan program anjuran pihak kami. Sebagai contoh, kutipan di sekolah-sekolah akan dijalankan sebulan sekali untuk meningkatkan amalan pengumpulan, pengasingan, guna semula dan kitar semula di kalangan warga setiap sekolah khususnya para pelajar. Begitu juga di sekolah tabika, pejabat kerajaan, pasaraya dan komuniti atau kampung-kampung dan taman-taman. Jadi, seperti SMK Kepala Batas juga tidak ketinggalan dalam menjalankan program ini secara aktif pada setiap bulan. Baru-baru ini, warga sekolah telah sepakat mengadakan aktiviti berkaitan dan mendapat kerjasama daripada vendor berhampiran.





Aktiviti yang dijalankan pada 7 Oktober 2012 turut melibatkan staf-staf sokongan sekolah berkenaan. Setelah berakhir aktiviti berkenaan, pihak PPSPPA Kedah yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi dan pihak vendor mendapati sebanyak 700 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan ditimbang mengikut jenis daripada individu, kelas, persatuan dan staf-staf sokongan. Kutipan kali ini berjaya memulangkan sebanyak RM 200.00 lebih kepada warga-warga sekolah berkenaan. Insyaallah, aktiviti sedemikian akan dijalankan lagi secara besar-besaran semasa gotong-royong yang akan dijalankan oleh pihak sekolah berkenaan pada bulan yang sama dan kutipan seperti biasa pada bulan seterusnya.




Tiada ulasan: