1 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SMK MERGONG, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG, ALOR SETAR








Unit Pendidikan Khas, SMK Mergong sekali lagi menjalankan program 3R untuk membantu pembiayaan tabung Pendidikan Khas sekolah berkenaan pada 1 Oktober 2012. Aktiviti kutipan barangan kitar semula kali ini dibantu oleh pihak guru, murid dan staf-staf sokongan sekolah berkenaan. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat Alor Setar. Sebanyak 300 kg lebih barangan kitar semula seperti kotak, kertas, botol-botol plastik dan tin aluminium yang berjaya dikutip dan menghasilkan sejumlah RM 142.92 hasil jualan untuk disumbangkan ke dalam Tabung Pendidikan Khas sekolah berkenaan.

Tiada ulasan: