1 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN McD CITY PLAZA DAN 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DI IBU PEJABAT




Seperti minggu-minggu sebelumnya, pada 1 Oktober 2012 pihak staf-staf restoran makanan segera McD City Plaza mengunjungi Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menjual barangan kitar semula milik mereka. Sebanyak lebih kurang 200 kg barangan kitar semula yang telah berjaya dijual bersamaan dengan lebih kurang RM 60.00 dibawa pulang oleh pihak staf restoran tersebut. Begitu juga dengan staf-staf kedai serbaguna 7 Eleven yang turut menjual sebanyak 50 kg barangan kitar semula milik mereka pada hari yang sama. Sejumlah RM 15.00 lebih telah diberikan kepada mereka. Pihak PPSPPA Negeri Kedah akan menjual barangan kitar semula yang dikutip dariapada kedua-dua pihak ini ke vendor berdekatan.

Tiada ulasan: