8 Oktober 2012

TAHUKAH ANDA ?

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DI NEGERI KEDAH ANTARA PENYUMBANG TERBESAR BARANGAN KITAR SEMULA !!!!

Untuk makluman pembaca laman blog saya, dalam segmen Tahukah Anda? ini, saya ingin berkongsi akan maklumat berkenaan dengan sumber barangan kitar semula di negeri Kedah pada tahun 2012. Setakat ini, daripada program anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah, sekolah tidak kira daripada peringkat sekolah menengah, rendah ataupun sekolah tabika merupakan penyumbang barangan kitar semula terbesar mengikut data dan maklumat yang diperoleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Daripada bulan Januari sehingga bulan Julai, sebanyak hampir 30 buah sekolah yang menyertai program berkenaan dan menyumbangkan barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas campur, kertas warna, surat khabar, kertas cetakan hitam putih, kotak, botol-botol plastik, tin aluminium, tin susu, tetrapak,  besi dan sebagainya. Pencapaian yang diperoleh daripada sekolah-sekolah ini disusuli dengan pencapaian daripada kompleks pejabat-pejabat kerajaan yang merupakan penyumbang kedua terbesar barangan kitar semula di dalam program anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah. Antara pejabat-pejabat kerajaan yang bekerjasama menyokong kempen kitar semula bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah ialah Kompleks Wisma Darul Aman, Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Pejabat Tanah Pokok Sena, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap, MADA Pendang, dan Wisma Negeri Kedah. Berikut merupakan analisis kutipan barangan kitar semula mengikut berat (kg) untuk keseluruhan kompleks pejabat kerajaan berkaitan sehingga bulan Julai 2012.

Sehingga September 2012, sebanyak 29 tan barangan kitar semula telah dikutip di kompleks pejabat-pejabat kerajaan berkenaan dan kebanyakkan jenis barangan kitar semula yang diperoleh ialah kertas. Kami daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah berharap agar semua pihak mengambil serius tentang pembuangan barangan kitar semula ini kerana fenomena pembuangan sisa pepejal yang boleh diguna dan dikitar semula ini akan merugikan anda dan mencemarkan alam sekitar. Sila mengitar semula dan mengguna semula barangan berkenaan untuk menghasilkan produk baru yang memudahkan kehidupan kita seharian. Pesanan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam di kalangan masyarakat. Terima kasih.

Tiada ulasan: